Skip to main content

The power of the UNDERDOGS

Selepas PRU 12 bermacam-macam analisa dibuat. BN membuat analisa kenapa mereka kalah di Penang, Kedah, Perak dan Selangor. PR pastinya membuat analisa juga dan mungkin terkejut atas kemenangan yang mereka perolehi.

Apa yang berlaku di PRU 12 adalah "The Power of the underdogs" atau "Underdog Power"

Selepas PRU 11 apabila BN mendapat kemenangan yang begitu besar, Kerajaan BN telah cuba membuat banyak perubahan. Apa yang diamalkan selama lebih 22 tahun dibawah Perdana Menteri dahulu (Tun Mahathir) telah ditukar oleh pemerintahan dibawah Perdana Menteri Dato' Seri Abdulah Badawi (Pak Lah).

Pak Lah tidak lagi ikut tradisi dan amalan di zaman Tun Mahathir. Dulu tidak ada penasihat Tingkat 4. Dulu Wakil Rakyat tidak lantang bersuara mengkritik atau mengeluarkan cerita kelemahan kerajaan. Semua atas nama "KETELUSAN". Dulu tiada GLC (gelaran ikut cara Singapore) dan hanya Agensi Kerajaan. Dulu tiada Scomi dan tiada Khairy atau KJ. Dulu projek dan kontrek kerajaan diberi kepada syarikat Bumiputra yang kemudiannya berkongsi membuatnya dengan syarikat Cina. Sekarang semua serah kepada GLC yang ditadbir oleh budak-budak yang baru keluar Universiti Oxford & Cambridge. Bila semuanya diserah kepada GLC, tiadalah peluang kepada syarikat lain dan mereka jadi underdog. Syarikat Bumiputera hanya dapat kerja kecil-kecilan dan menjadi underdog berbanding GLC. Dulu syarikat-syarikat inilah yang bayar cukai tahunan yang memberi wang untuk kerajaan teruskan pembangunan negara. Sekarang mereka dah jadi underdog.

Anak-anak muda yang baru keluar universiti sudah tidak dapat kerja. Kalau dulu boleh kerja dengan syarikat-syarikat yang dapat kontrek dari kerajaan. Sekarang syarikat itu pun tidak dapat kontrek. Ramai yang menggangur dan mereka lihat ada pula anak-anak muda yang tiba-tiba jadi kaya raya. Bila mereka siasat rupa-rupanya mereka itu Pemuda UMNO yang dapat habuan kerana ada line dengan kumpulan KJ. Mereka bukan dengki tapi mereka jadi underdog. Mereka dengar kalau nak jadi kaya mesti ada line dengan KJ atau Reezal atau Norza. Mereka anak orang kampung manalah ada line macam itu. Lama-lama mereka rasa meluat dan tak mahu pun masuk UMNO. Mereka jadi underdog. Mereka meluat tengok Pemuda/Putera UMNO gah sana sini. Pemuda UMNO pakai Harrier cermin gelap. Putera UMNO terjun payung Kutub Utara.
Bila mereka rasa mereka underdog, masa pilihanraya, mereka pun sokong underdog yang lain. Underdog yang lain tak lain tak bukan PAS, DAP dan PKR. Pembangkang dah lama jadi underdog. Underdog pun sokong lah underdog!
Bukan soal UGAMA, BANGSA ATAU BAHASA! Kalau ugama, bangsa atau bahasa, masakan orang Melayu boleh undi Cina DAP, Cina dan India boleh undi PAS!
Kita sudah lama mengenepikan soal ugama, bangsa dan bahasa bila kita hidup di Malaysia ini. Tidak ada perbalahan kerana ugama, bangsa dan bahasa antara Melayu, Cina dan India. Kita saling faham memahami dan saling hormat menghormati.
Roboh kuil di Selangor itu termasuk juga roboh surau! Orang India faham hal itu. Kenapa mereka buat Hindraf? Sebab mereka rasa mereka jadi underdog.
Kenapa orang Cina tidak sokong BN? Orang Cina baik yang kaya raya atau pun yang tak berapa kaya, sudah jadi underdog. Dulu mereka kuasai perniagaan sana sini. Sekarang mereka sudah kalah dengan GLC dan lagi-lagi Khairy dan Scomi! Mereka jadi underdog juga!
Orang Melayu dah lama jadi Underdog di negara sendiri. Sesama Melayu pun ada yang rendah ada yang tinggi! Kalau dia UMNO bukan main lagi lagak gerak dan geri. Kesana kemari macam Malaysia ini dalam poketnya. Sombong dan lagak dah tak dapat nak kawal lagi. Melayu sama Melayu pun dah ada kategori dan ramai yang kategorikan dirinya underdog.
MUNGKIN PERSEPSI SAHAJA MEREKA RASA MEREKA JADI UNDERDOG. TAPI PERSEPSI ITULAH YANG TIDAK DISEDARI OLEH BN ATAU BN BUAT-BUAT TAK TAHU!
Akhirnya underdog pun undi lah underdog! Kalau ikut kiraan di Semenanjung, yang undi underdog melebihi 57% dan yang undi BN hanya 43% saja.

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i