Skip to main content

Mari Kita Ubah Cara Hidup

Boleh kah kita ubah cara hidup dengan tiba-tiba?
Ada orang boleh buat tapi majoriti pasti tidak berjaya. Ambil contoh cubaan berhenti hisap rokok. Dah berkali kita cuba. Bila kawan offer kita hisap juga. Lama-lama ketagih semula.

Pak Lah ajak kita ubah cara hidup untuk tangani masalah inflasi. Ada yang kata inflasi sekarang ini 5%. Ada pula yang kata lebih dari itu sebab minyak saja sudah naik 40%. Beras pula dah naik 100%. Pendeknya semua harga dah naik dan akan naik lagi.

Mari kita kurangkan semua benda dalam hidup kita. Kurangkan makan, kurangkan minum, kurangkan jalan-jalan, kurangkan keluar malam, kurangkan tengok TV, kurangkan kegunaan elektik dan air. Bila kita tidur malam jangan pasang air-con. Bila kita pandu kereta jangan pasang air-con. Bila kita traveling jangan guna lebuhraya dan elakkan jalan bertol.

Kepada yang main golf jangan main. Kalau hendak cari peluh juga kita pergi mencangkul kat tepi rumah dan tanam sayur-sayuran. Kita tanam lada, cili, cabai, sawi, kacang dan petola.

Kalau ada anak-anak kita yang masih bersekolah, kita suruh mereka jalan kaki ke sekolah dan boleh beri alasan kepada guru minta mereka dikecualikan dari kelas jasmani. Kalau pejabat kita dekat saja dari rumah kita, kita ke pejabat jalan kaki saja.

Kita beritahu isteri kita jangan membazir employ orang gaji dari Indon. Isteri kita sendiri kita paksa buat kerja rumah. Masak, basuh dan kemas rumah, isteri kita buat sendiri. Kalau kita bantu isteri (mana yang isteri tak takut kat kita), kita sapu sampah dan basuh pinggan. Jangan guna bahan pencuci atau vaccum cleaner sebab itu semua membazir. Basuhan pun jangan guna sabun. Membazir.

Bila kita dah buat semua itu, kita adalah penyokong kerajaan. Pilihanraya nanti jangan lupa keluar awal-awal mengundi.

Comments

  1. Hahaha..saya sokong suami bantu isteri berkemas bila orang gaji dah takda!

    But seriously, memang kita kena ubah lifestyle kita (government pun perlu ubah sistem kita kerja sebab kalau kita car pool, kita kena balik tepat pada masanya dan tak boleh kerja over-time sebab kita tompang orang yang balik pukul 5 pm tepat)

    Some of us are already doing that bukan utk gomen but utk jimat diri sendiri.

    Ada orang kata, gomen biarkan harga minyak naik supaya orang ramai gunakan bas esp. bas-bas RapikKL dan LRT lebih sebab business tu business orang UMNO.Betul ke?

    ReplyDelete
  2. Dear Faridah,
    Car pooling dont mean anything at all. Macam main "kutu" (know what I mean?), masa kita dapat ok lah, masa orang lain yang dapat kita melopong!
    To say the govt. sengaja naikkan harga minyak...I dont think it is true. Its a global problem actually. But the way the govt. naikkan harga secara mengejut yang I pelik sikit. What the govt. should have done sepatutnya buat "conditioning" dulu. TV, radio, suratkhabar, blogs etc kena buat indication & explanation dulu. Bagi tau sebab kenapa perlu naik supaya rakyat bersedia. Ini tak, pukul 3 umum, pukul 12 tengah malam harga naik. In Kuantan that night we got jams at all roads leading to every petrol stations. KL maybe worst!
    Whether Rapid KL, LRT etc belong to UMNO or whatever is not relevant. The fact is our public transport system really sucks. I lived in KL since 1978 till 2000 during the days of the MiniBuses & yellow-top taxis & Sri Jaya Buses and till now it still sucks!
    Soon we will get more bankcrupts due to credit card debts & we will be back to 1985 era.
    Mind you, we have not reached rock bottom. Meaning we can still go down....
    Salam

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...