Skip to main content

Through the grapevine

Katanya Lipis, Raub, Temerloh, Kuala Krau, Rompin, Paya Besar dan Indera Mahkota ada sengol-sengolan dalam pemilihan Bahagian hujung tahun ini. Baguslah. UMNO kan parti demokrasi. Pemilihan adalah juga proses tampi. Kita tampi beras untuk buangkan antah. Kita pilih yang terbaik untuk masa depan yang lebih baik. Sedangkan kakitangan kerajaan pun pencen, takkan kita di UMNO tak pencen-pencen. Patah tumbuh hilang berganti.

Biarlah kita buat pemilihan secara sihat. Pilih antah elok-elok biar nasi jadi sedap. Kita pilih sama-sama kita. Jangan gaduh-gaduh tuduh-tuduh salah menyalah. Setiap sesuatu ada life span. Kereta Proton life span dia lebih singkat dari Mercedes. Manusia pun ada life span atau ada juga orang sebut jangka hayat dan life expectancy. Tapi pendeknya tiada yang kekal sampai bila-bila atau menongkat langit kata orang tua-tua dulu.

Kalau kita dah rasa kita perlu berundur undur je lah. Kalau kita dah lama sangat kat situ mungkin orang jemu atau kita sendiri dah jemu. Kalau selama ini kita tak buat sumbangan yang bagus kita beri lah peluang orang lain pulak.

Jangan ikut cakap tukang api. Jangan cepat cap orang itu dengan lebel itu dan ini. Jangan mengelabah. Kadang-kadang kita tidak tahu asal usul orang itu dengan orang ini. Jangan kita pergi tuduh-tuduh saja. Nanti salah tuduh susah pula.

Kalau kita nak pukul nak halau anjing, kita kena tengok siapa tuan anjing itu. Takut nanti tuan anjing itu pulak marah dan halau kita.

Kita kena tahu menilai orang itu main-main ke, bergurau ke atau dia serious. Kadang-kadang kita ni tak ada sense of humour, lurus macam bendul dan bahalul tak faham orang cakap apa. Jangan cepat melenting dan repot sana repot sini mintak tolong sini mintak tolong sana.

Kita juga jangan lupa. Banyak dah contoh tanpa jawatan dalam parti pun dah jadi menteri, timbalan menteri, senator dan tak ketinggalan Setpol.

Ada orang tak kisah dah nak jawatan dalam parti sebab tak ada jawatan pun dia dah duduk dalam mesyuarat tertinggi. Apa dia nak lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...