Skip to main content

Fear Factor

Some people just got scared of anything. Sometime tunggul pun disangka hantu. Bila kita ada terasa kita buat salah, kereta polis lalu depan rumah pun kita dah mengelabah. Paranoid .... hilang akal ... sewel ... meren ... gila! Kalau kita tiga suku atau gila-gila orang kata kita masih OK.
Musim dekat pemilihan UMNO ini ramai yang terjangkit "fear factor". Some just got obsessed with blaming others for their shortcomings. Mula lah kata orang itu ini hendak jatuhkan dia. Apa dia ingat UMNO itu mak bapak dia punya? Dia mesti pegang jawatan dalam UMNO itu macam UMNO itu harta pesaka peninggalan datuk nenek dia?
Kalau bukan dia yang pegang jawatan dalam UMNO, UMNO akan hancur? Atau, kalau dia tidak ada jawatan dalam UMNO, perut dia akan hancur?
Nampak saja orang itu berbincang dengan orang lain, dah mula kata orang itu jadi "campaign manager" pencabar dia. Then they start accusing one another. Then they say so and so is using so and so. Then they start to lobby the higher ups. Don't they remember before they hold such and such a post, they were just the same. Doing just the same thing the aspirants are now doing?
Kepada orang-orang dan ahli-ahli UMNO (Allahyarham Tun Ghafar kata ada beza orang UMNO dengan ahli UMNO) yang sempat membaca apa yang ditulis ini, lantaknya lah siapa juga pegang apa juga jawatan dalam UMNO. Rakyat sudah tak mahu ambil kira. Siapa Ketua Bahagian, siapa Timbalan, Naib atau apa pun...rakyat dah menyampah dengan sikap pemimpin UMNO. PEMIMPIN, bukan ahli atau orang UMNO biasa. Yang buat hal ini bukan ahli di bawah tapi PEMIMPIN! Rakyat tidak marah sangat kepada UMNO sebagai satu pertubuhan...rakyat meluat tenguk PEMIMPIN! Baik di Cawangan ataupun Bahagian...rakyat dah meluat.
Jangan sibuk sangat nak jawatan itu jawatan ini....TIADA MAKNANYA KALAU PRU 13 NANTI KITA SUDAH TIDAK PERINTAH NEGERI LAGI...
Apa makna kita jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda atau Timbalan atau Naib kalau kita jadi pembangkang dan bukan pemerintah....macam UMNO di Kelantan, Kedah, Perak, Penang dan Selangor. Nak buat apa?

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah...

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i...