Skip to main content

Suruhanjaya Siasatan Kemerosotan Sokongan kepada UMNO

Suruhanjaya ini mula dicadangkan oleh Rais Yatim dan ada pula sokongan dari Norza Zakaria. DS Najib kata "Tiada dan tidak payah ada suruhanjaya".

Pada mulanya ramai yang menyangkakan saranan Rais Yatim itu sebagai satu sindiran sahaja. Menyindir kerana banyaknya Suruhanraya yang ditubuhkan sekarang. Video clip orang mabuk (diakui sendiri oleh orang yang disiasat) pun diadakan Suruhanjaya.

Kalau pun diadakan Suruhanjaya, apakah ahli-ahli UMNO akan patuh kepada cadangan-cadangan yang akan diberikan oleh Suruhanjaya itu? Biarpun Ungku Aziz dan Tun Musa Hitam yang dicadangkan oleh Norza menjadi anggota Suruhanjaya itu. Apakah kesannya kepada ahli-ahli UMNO di kampong?

Majoriti ahli-ahli UMNO adalah dari kampong dan bukannya dari bandar besar. Berapakah jumlah ahli UMNO di KL dibandingkan dengan yang ada di kampong? Apa perlunya suruhanjaya kepada mereka? Adakah salah ahli UMNO yang berada di kampong bila PRU 12 yang lalu undi kepada BN merosot?

Ahli UMNO yang dibawah, di akar umbi, tidak pernah membuat masalah sehingga boleh menyebabkan UMNO tidak disokong oleh pengundi. Pemimpin UMNO yang buat masalah menyebabkan undi kepada BN merosot. Siapa itu pemimpin UMNO? Dari Ketua Cawangan hinggalah ke Presiden parti, itu lah pemimpin UMNO.

Ada orang suka kepada UMNO, tetapi tidak suka kepada pemimpinnya. Jarang sekali yang sukakan kepada pemimpinnya tetapi tidak suka kepada partinya.

Di peringkat kampong, kerana marahkan atau tidak sukakan Ketua Cawangan, pengundi tidak undi BN. Memang ada yang benar-benar tidak sukakan UMNO yakni yang hitam pekat hatinya kepada PAS.

Bukan salah UMNO. Salah pemimpinnya. Betulkan pemimpinnya dan akan kembali lah sokongan kepada UMNO. Bagaimana untuk betulkan pemimpin UMNO? Tahukah pemimpin itu kesalahan yang sedang dilakukannya? Ada yang buat salah tetapi tiada yang memberitahu dan kesalahan itu terus menerus diulang-ulang. Ada yang memang buta hati tidak mahu mengakui kesalahan dan masih menganggap dirinya yang paling baik dan paling sesuai untuk terus menjadi pemimpin.

Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pemimpin UMNO ialah sikap aksyen, timing, berlagak, sombong dan menunjuk-nunjuk. Jadi saja Ketua Cawangan, dah mula lagak aksyen. Apatah lagi kalau sudah jadi Ketua Pemuda Negeri, negeri pun mahu dijualnya. Bukan saja yang lelaki, yang perempuan pun tiada kurangnya, baik Wanita mahupun Puteri. Bila sudah jadi pemimpin UMNO tiada lain didalam kepala, asyik fikir hendak jadi YB, Tok Empat, Pengerusi JKKK, Ahli Majlis Daerah dan paling utama dalam ajenda hendak dapat projek di sana sini dan hendak jadi kroni orang itu dan orang ini. Dapat saja projek, yang paling utama mesti ada kereta mewah dan cermin gelap. Itulah lambang status kononnya dan kalau tidak buat begitu tidak pula ikut trend macam Khairi atau Datuk Seri itu Datuk Seri ini.

Bila dah jadi YB, lobi sana lobi sini nak jawatan itu jawatan ini. Dapat jawatan, mula nak jatuhkan orang itu orang ini. Tak dapat jawatan, marah sana marah sini, raba sana raba sini.

Ada pemimpin yang negeri sendiri kalah, masih lagi tawar diri jadi Ketua itu ketua ini. Dulu kasi orang penyapu sekarang timbul pulak cerita babi.
Ada juga pemimpin yang masa menang dulu langsung tak peduli sana sini, bila dah kalah mulalah menangis tak henti-henti. Ada juga yang dulu hadhari sana hadhari sini dan bukan main lagi IT savvy, rupa-rupa lupa pula dia tu Melayu jati yang beraja di hati dan depan Raja betul tak sedar diri.

Ada juga yang sanggup jual negeri...

Kalau nak cerita pun tak habis satu hari...

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i