Sunday, April 6, 2008

Lawatan Turun Padang MB Pahang

MB Pahang telah mula bergerak ke seluruh pelusok Negeri untuk berjumpa semua ahli UMNO peringkat akar umbi.
Beliau telah bermula dengan Bahagian Bentong pada 28hb Mac 2008, diikuti dengan Raub, Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan yang terkini Bera.
Semua peringkat pimpinan telah dijemput dan diminta untuk meluah apa juga yang terpendam di hati ahli.
Rata-rata ahli di peringkat akar umbi merasa sedih diatas prestasi UMNO di PRU 12 yang lalu dan berjanji untuk terus berjuang meletakkan UMNO di tahap gemilang selama ini.
Inisiatif MB Pahang adalah yang terbaik yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan mesti diberi ucapan tahniah.
UMNO mesti kembali ke akar umbi dan mesti hentikan perebutan jawatan. Baiki parti dahulu dan jangan asyik berebut jawatan....

Tahniah YAB MB Pahang...

No comments:

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)