Terdapat banyak berita yang disiarkan melalui Media Cetak yang menarik perhatian kebelakangan ini.
Di Selangor cerita kandang Babi. Di Pahang cerita Tajuddin Sulaiman letak jawatan SU Badan Perhubungan UMNO Negeri dan juga cubaan bunuh diri di Genting (terselamat sebab jatuh atas jaring). Di Kedah pasal nombor plet kereta rasmi MB dan tertembak anak sendiri disangka pencuri. Khir Toyo khabarnya nak pergi Umrah dan Ali Rastam pula nak jawatan Naib Presiden UMNO lagi. Rafidah pula nak namakan siapa bakal pengganti dia (Wanita UMNO ni dia punya ke?). Gani Patail kata kes terhadap Dr. Mahathir tak ada bukti. Adnan Yaakob nak jawatan dilantik saja dan tak nak rebut-rebut.
Ali Rastam dan Rafidah menarik perhatian kerana jawatan mereka dalam UMNO.
Ali Rastam selaku Naib Presiden ditugaskan untuk melatih dan membina semangat ahli-ahli. Dari keputusan PRU 12 nampaknya beliau gagal. Jati Diri dan semangat juang ahli UMNO tidak kental. Pengambilan ahli baru juga gagal kerana masih ramai lagi generasi muda yang tidak mengundi BN pada PRU 12 yang lalu.
Rafidah pula gagal memimpin Wanita dengan baik. Semasa PRU 12 yang lalu Wanita Umno gagal memujuk anak-anak muda untuk mengundi BN. Tabi'i keibuan dan kelembutan wanita tidak lagi dapat memujuk dan mendorong generasi muda untuk menyokong BN. Malah Wanita UMNO menganggap Puteri & Pemuda UMNO sebagai saingan mereka. Laporan K10 yang mereka kuasai jangan diharap lah untuk dikongsi oleh lain-lain sayap dalam UMNO. Pada Wanita laporan itu hanya untuk Ketua mereka yakni Rafidah. Sedih sekali bila wanita/perempuan yang sudah melebihi umur Puteri tidak diiktiraf sebagai Wanita.
Masih kah UMNO memerlukan mereka? Cari yang baru, maybe?

Comments
Post a Comment
No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)