Skip to main content

NEWS vs STORIES

Hari ini 8hb April 2008 genap satu bulan keputusan PRU 12 diketahui.

Selepas PRU 12, sekarang ini tumpuan kepada satu lagi PRU (Pilihanraya UMNO).

Sana sini sudah mula desas desus dia tu nak jadi Ketua sana Ketua sini. Yang kalah PRU 12 dulu pun sibuk juga menawarkan diri. Masing-masing ada formula boleh pulihkan parti. Masing-masing kata dia lah yang handal dan dapat sokongan sana sini. Khir Toyo yang hadiahkan pegawai kerajaan dengan PENYAPU pun hendak tawarkan diri.

Tak kurang juga yang awal-awal lagi kata tak mahu tawarkan diri tetapi kalau dapat sokongan akar umbi boleh juga.

Senario dikalangan orang-orang Cina & India lain sikit dari Melayu. Selepas saja PRU 12, Samy Vellu terus terima Subramaniam balik dan dengar khabarnya dah bincang dengan Kayveas cari jalan macam mana nak selesaikan masalah kaum India. Malah Samy Vellu telah mula memperjuangkan ketua-ketua Hindraf yang ditahan ISA. Entah apalah yang dirancang oleh Ong Kar Ting dengan Koh Tsu Koon dan Lim Keng Yaik untuk selesaikan masalah kaum Cina kita tidak tahu.

Orang Melayu masih lagi salahkan orang ini dan orang itu. Suratkhabar arus perdana sediakan sekurang-kurangnya 4 muka surat khas untuk laporkan politik UMNO. Menariknya ada satu ruangan khas di Utusan Malaysia 8hb April 2008 bertajuk "Perkembangan UMNO Pahang" seperti yang dilaporkan...

Perkembangan UMNO Pahang * Ahmad Tajuddin letak jawatan
KUANTAN 7 April – Hubungan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan setiausaha perhubungan parti itu semakin tegang apabila Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman bertegas untuk meletakkan jawatannya itu berkuat kuasa esok.
Ahmad Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar berkata, surat peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu akan dihantar melalui pos.
‘‘Saya sendiri akan menelefon Menteri Besar bahawa saya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri dan surat peletakan jawatan akan diposkan esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Ahmad Tajuddin meminta semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan untuk perwakilan memilih anggota MT yang baru ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.
Berikutan kenyataan itu, pada hari yang sama, Ahmad Tajuddin memberitahu, beliau dihubungi Adnan yang mahu memecatnya daripada jawatan tersebut.
Bagaimanapun, sehingga semalam, tiada surat pemecatan dikeluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri.
Selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Pahang di sini hari ini, Adnan mengumumkan bahawa tiada tindakan diambil terhadap Ahmad Tajuddin berikutan kenyataannya itu.
Ini kerana, kata Adnan, kenyataannya itu bersifat peribadi dan bukan mewakili UMNO negeri.
Ahmad Tajuddin menegaskan, walaupun Adnan mengumumkan tiada sebarang tindakan diambil, beliau tetap mempertahankan dakwaannya bahawa Menteri Besar itu telah memecatnya menerusi perbualan telefon pada Jumaat lalu.
‘‘Terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata, tidak ada guna lagi. Saya berpegang kepada cakap beliau (Adnan) pada Jumaat lalu,” tegasnya.
Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan Adnan berhubung peletakan jawatannya, katanya: ‘‘Itu tidak perlu, Cukup sekadar poskan sahaja surat peletakan jawatan’'.

Kenapa ghairah sangat Utusan Malaysia menyiarkan berita-berita yang sepatutnya tidak menjadi berita langsung. Adakah pemberita sekarang pentingkan NEWS ataupun STORY?

Tentunya mereka tahu apa beza antara NEWS dengan STORY. Between reporting NEWS and Telling Stories. Utusan Malaysia adalah NEWSpaper dan bukannya StoryTeller. Story boleh direka dan diolah untuk menarik perhatian. Eloklah terus dilaporkan NEWS dan bukannya telling STORIES...

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

Melayu Ada Kelas Ke? (Bab 2)

Prodigal Maestro membawa ingatan saya ke tahun 1985. Pada tahun itu saya memulakan karier sebagai seorang lawyer setelah letak jawatan dari Judicial & Legal Service. Saya berkenalan dengan Dato' Mohd Ariff Ibrahim (DMA). Beliau seorang akauntan dengan Hanafiah Raslan Mohamad (HRM). Di HRM saya juga kenal Hassan Merican, Toby Lam dan lain-lain. Itu pun kerana saya dengan legal firm Messrs. Gill & Tang dan PS Gill adalah rakan kongsi saya. PS Gill adalah bapa kepada Asha Gill. Ya... Asha Gill dalam Astro tu! DMA adalah orang Kelantan dan isteri beliau Tengku Fatihah Ibni Sultan Ibrahim (Ku Ah) saudara kepada Sultanah Johor dan juga Raja Permaisuri Perlis. Saya terpegun dengan kereta Rolls Royce mereka nombor plat DA 3 (Dato' Ariff 3). Kalau tidak silap hanya ada 9 lagi Rolls Royce yang dimiliki oleh orang Melayu selain dari yang dimiliki oleh Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Negeri. Raslan tidak minat Rolls Royce dan lebih gemar kepada Porche (atau Ferrari...saya dah tak i