Constitution vis-a-vis Constitutional Convention Bagi yang belajar undang-undang Perlembagaan pastinya familiar dengan apa yang dipanggil sebagai amalan lazim atau Constitutional Convention. Adakalanya sesuatu itu tidak dinyatakan secara bertulis dalam Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang detail. Kalau Perlembagaan itu ditulis secara detail, perlembagaan itu akan menjadi satu dokumen yang amat tebal. Kini telah timbul mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti di Negeri Selangor menyatakan bahawa perlantikan itu adalah dibawah bidangkuasa Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia yang hanya memerlukan pekenan dari DYMM Sultan. SPA adalah diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan adalah asalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutuan (Federated Malay States) dan telah termaktub bahawa jawatan-jawatan SUK, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dilantik oleh ...
The truth is often avoided.