Skip to main content

Sidang Dewan di hotel tidak sah!

Terdapat rakaman You Tube temubual Aziz Bari yang mengatakan bahawa Sidang Dewan yang diadakan di hotel oleh ADUN Pembangkang di Perak adalah sah. Dibawah ini, saya perincikan satu persatu apa yang telah dilafazkan oleh Aziz Bari dalam temubual itu dan saya memberi hujahan balas dalam tulisan berwarna merah.
Transcript secara verbatim temubual itu juga boleh dibaca di laman blog ini. walaupun tidak sepenuhnya tepat.

1. Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan, malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.
Adakah Sidang Dewan ini mendapat perkenan KDYMM Sultan Perak? Setiap Sidang Dewan Undangan Negeri mestilah mendapat perkenan Sultan dahulu. Sultan adalah sebahagian daripada Dewan dan segala usul serta rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat perkenan Sultan (assented to by the Ruler). Kalau tiada mendapat perkenan Sultan maka Sidang Dewan itu adalah void ab initio!

2. V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.
Hujah ini langsung tiada asas kerana pemecatan Sivakumar adalah dibuat dalam satu Sidang Dewan yang turut dihadiri oleh semua Ahli Dewan termasuk dari Pembangkang. Kedegilan Sivakumar untuk turun dari tempat duduk Speaker setelah beliau dipecat melalui undi Ahli terbanyak menyebabkan beliau dibawa keluar. Malah Sidang Dewan itu telah diteruskan dengan Titah Ucapan Tuanku Raja Muda Perak dan semua ahli Dewan yang lain menghadiri serta mendengar Titah Ucapan itu. Perbuatan mereka itu dengan sendirinya menjadi "cognisance" terhadap perlantikan Speaker yang baru. Mereka sekarang ini tidak boleh berpaling dengan mengatakan mereka tidak menerima apa yang mereka telah terima pada awalnya! Ini adalah prinsip undang-undang yang dikenali sebagai "estoppel".

3. "Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah atau pun kedudukannya tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.
Tiada timbul soal Ganesan memegang 2 jawatan iaitu sebagai peguam dan juga Speaker. Genesan telah mengesahkan bahawa selepas dilantik menjadi Speaker, beliau tidak lagi meneruskan amalan guamannya. Malahan tiada pun bukti yang Ganesan masih menjalankan tugas sebagai Peguambela & Peguamcara selepas menjadi Speaker.

4. "Apa yang diputuskan dalam Sidang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,"
Alasan dan hujah ini juga amat dangkal kerana ianya tiada mendapat perkenan Sultan. Malahan apabila Sidang Dewan dijalankan di Dewan yang sah perasmiannya oleh Sultan Perak pada bulan Mei, tiada pun pengesahan penyata mesyuarat terhadap Sidang dibawah pokok itu.

5. Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang DUN Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Hujah ini bukan hujah undang-undang. Terlalu dangkal bagi seorang yang mengelar dirinya professor undang-undang. Adakah dengan SUK & Polis teragak-agak untuk mengambil tindakan menjadikan Sidang yang tidak sah menjadi sah? Tambahan pula, tindakan apa yang dimaksudkan oleh Aziz Bari?

6. "Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,"
Kutukan oleh laman web tidak juga boleh menyebabkan Sidang Dewan yang tidak sah menjadi sah! Sebagai professor undang-undang, hujah ini amatlah memalukan!

7. Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.
Hujah ini hanya layak dipatahkan dengan bertanya tidak kah Pas/PKR/DAP juga membawa kes ke Mahkamah? Satu attempt yang amat dangkal semata-mata berhujah tanpa berfikir panjang!

8. Mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.
Sebagai pengamal atau orang yang mengajar subjek undang-undang, hujah ini amat memalukan. Konsep pemisahan kuasa bukan itu maksudnya!

9. "Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan. Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,"
Tuduhan bahawa Mahkamah telah melanggar Perlembagaan oleh Aziz Bari ini adalah tidak berasas langsung! Apakah sebenarnya yang beliau faham tentang fungsi Mahkamah? Bukan kah Mahkamah itu tempat atau avenue rujukan apabila ada kekeliruan undang-undang serta bukan kah Mahkamah tempat "interpretation of the law" dan bukankah Mahkamah berkuasa mengkaji perkara-perkara berkaitan Perlembagaan. Kalau ini lah yang diajar oleh Aziz Bari kepada pelajar undang-undang di UIA, maka akan muncul lah graduan undang-undang yang sama sekali lain pemahamannya mengenai fungsi Mahkamah dengan graduan dari Universiti lain di Malaysia dan di luar negeri!

10. Aziz Bari juga mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.
Mempersoalkan keputusan Mahkamah ini dibuat kerana mereka kalah kes itu. Kalau mereka menang kes itu pastinya tidak dipersoalkan. Tindakan mempersoalkan keputusan Mahkamah ini adalah "contempt of Court" dan menunjukkan bahawa ilmu undang-undang Aziz Bari amat dangkal. Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di Malaysia dan kalau beliau tidak dapat menerima itu sebagai sistem perundangan Malaysia, beliau tidak layak mengelar dirinya sebagai seorang professor undang-undang!

11."Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,"
Apabila beliau menyebut UMNO dalam hujahnya ini, beliau sebenarnya partisan! Adakah perbuatan Nizar dan gang yang bertindak mencari jalan malah mengadap Sultan dan Raja Muda Perak tidak mengheret Istana? Kenapa beliau gunakan perkataan "ISTANA" sedangkan Undang-undang Tubuh Perak merujuk kepada Ruler iaitu Sultan dan bukannya Istana? Apabila istilah yang bukan constitutional dibuat oleh seorang professor undang-undang hanya menampakkan kedangkalan ilmu beliau!

12. DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.
Hujah ini juga bukan hujah undang-undang! Siapakah beliau untuk meramalkan kestabilan politik atas alasan DUN mesti dibubarkan! Malah ini adalah mengikut rhetoric pembangkang dan jelas Aziz Bari adalah partisan kepada pembangkang dan hujahannya sebagai pengamal undang-undang tidak untuk "justice and fair play"!

13. "Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,"
Kenapa ada istilah Istana dan Sultan dalam hujahan ini? Apakah motif Aziz Bari? Sudah jelas diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa kuasa Sultan adalah mutlak dalam soal membubarkan Dewan. Mempersoalkan keputusan Mahkamah sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang bergelar Professor kerana avenue rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak pun dibuat oleh "litigants" dalam kes itu iaitu Nizar. 

Sebagai kesimpulannya, Aziz Bari telah banyak mengeluarkan hujah mengenai undang-undang terutamanya tentang apa yang berlaku di Perak. Malangnya semua hujahannya tidak satu pun pernah diterima oleh Mahkamah apabila perkara itu dibicarakan. Sebagai seorang peguam yang tidak menang kes, peguam itu bukan lah seorang yang bagus!

Comments

  1. Sebagai seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya berasa terpanggil untuk menyatakan di sini bahawa tindakan Prof Aziz Bari dalam membicarakan soal politik telah melangkaui kesarjanaan beliau dalam undang-undang. Apa jua kenyataan beliau yang lebih memihak kepada satu-satu subjek jelas menampakkan bahawa political interest beliau. Saya berasa hairan dalam banyak Prof Politik dan Undang-undang di UIA beliau sahaja yang ditemuramah. Dahulunya bukan main lagi beliau membodek Raja-raja Melayu dengan menulis sebuah buku tentang Raja-raja. Tetapi berlainan benar selepas mendapat anugerah Datuk. Saya amat terkilan sekiranya ada produk beliau menghentam kerajaan atas sikapnya yang tidak selari dengan misi dan visi universiti yang mendukung Islam sebagai prinsip tetapi mengamalkan sentimen bughah (derhaka kepada negara/ulil amri. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. TM sangat berharap agar Prof Dr Aziz Bari dapat membaca artikel ini, kepada rakan-rakan sila sebarkan supaya Aziz dapat menarik balik kenyataannya dan lebih dahsyat lagi bagai Karpal Sigh cakap. " AZIZ BARU HARUS BERTAUBAT" dan Tuan Blog izikan saya memanjangkan artikel ini ke blog saya.

    ReplyDelete
  3. Dato'

    Rakyat Perak undi untuk parti mana pada Pilihanraya Tahun 2008?

    masCh

    ReplyDelete
  4. Selepas PRU yang lalu ramai yang terkilan tidak menerima atau mengambil peluang jadi calun. Melihat posmen, budak yang minat ambil gambar pun boleh jadi Adun/MP maka ramai telah menampil diri agar ketokohan masing-masing terserlah, demi meningkatlan resume agar diterima sebagai calun PRU yang akan datang. Nak masuk parti-parti mainstream memang payah dah. Shortcut nya ialah Pakatan. Jadi tak heran lah terdapat individu saperti Aziz ni dan bayanyak lagi yang lain.

    ReplyDelete
  5. tahniah

    tulisan ini benar2 boleh membuka minda org ramai,agar mereka tidak boleh ditipu lg oleh tuan hakim pakatan senget iaitu aziz bhari

    ReplyDelete
  6. Saya boleh jawab hujah dangkal kamualaupun hanya pegawi keajaan berpangkat rendah!

    1. Perkenan sultan tidak diperlukan dalam setiap sidang, ia hanya perlu apabila berlaku pembukaan penggal iaitu satu penggal bersamaan 3 kali bersidang. Sidang tersebut telahpun dirasmikan pembukaannya dulu, yang berikutnya tidak perlukan perkenan sultan kerana sultan hanya perkenan pembukaan penggal bukan setiap sidang dalam penggal tersebut!

    2. Bila masa Siva dipecat oleh undi majoriti ahli dewan? Bila masa? Dewan tidakpun bersidang pada 7 mei yang lalu kerana tiada pembukaan dan tiada penutupnya. Majlis dimulakan penuh huru-hara dan penutupnya pun huru hara. Speaker tidak boleh dipecat sebab usul pemecatannya pun telah terlebih dulu ditolak oleh siva, speaker yang sah. Jika Siva yang berkuasa dalam dewan menolak usul tersebut, bila pula Hee si baghal itu mengambil alih?

    3.Majlis Peguam telah menjelaskan bahawa Speaker Perak Speaker Datuk R Ganesan hanya memfailkan notis pemberhentian sebagai peguam pada 17 Ogos, sepuluh hari selepas tarikh tamat untuk beliau lakukan sebelum ianya menjadi tidak sah.

    Sepucuk surat kepada Majlis Peguam diterima pada 17 Ogos walau bagaimanapun diberikan tarikh 6 Ogos pada surat berkenaan.

    “Notis Pemberhentian Selaku Peguambela dan Peguamcara” sebenarnya hanya difailkan pada 17 Ogos, sebagai satu deklarasi dibawah undang-undang. Sepatutnya segala kemudahan yang diberikan kepada Ganesan sebagai Speaker DUN Perak ditarik balik serta merta kerana beliau bukan lagi Speaker yang sah berikutan kegagalan melepaskan jawatannya sebagai peguam.

    Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak di bawah Artikel 36A (5) sesiapa yang dilantik menjadi Speaker statusnya (dalam organisasi, perniagaan dan sebagainya) akan gugur setelah tiga bulan dari tarikh beliau dilantik.

    4.Sekali lagi, perkenan Sultan tidak diperlukan dalam sidang pada penggal yang sama. bayangkan kalau setiapkali bersidang, setiapkali itulah juga sultan kena hadir..sultan Mizan pun tak tunggu setiapkali dewan bersidang, hanya pada pembukaan penggal sahaja baginda kelihatan!

    5. Memanglah, dah terang lagi bersuluh. Rakyat Malaysia semua dah maklum, Polis malaysia berkhidmat untuk UMNO/BN saja. Macam di Selangor, sewaktu provokasi kepala lembu, polis tukang tengok aja walaupun kawan tu berdegar-degar melaungkan ancaman "darah" dan memijak-mijak kepala lembu tu. Berlawanan ketika majlis dialog penduduk, walaupun dipanggil kerajaan Selangor, polis buat dek aja, malah berlaku kekacauan yang melampau dari pihak UMNO di situ.

    Kuasa Sultan di Malaysia termasuk di bawah raja berpelembagaan. Raja hanya sebagai simbol, tidak lebih dari itu. Sultan Azlan Shah sendiripun pernah menulis dalam bukunya bahawa peranan sultan hanya bersifat formaliti.

    ReplyDelete
  7. Sdr/Sdri Zanie,
    Terima kasih atas komen anda dan mengakui sdr/sdri adalah pegawai kerajaan.

    1. Perkenan Tuanku. Kamu kata hanya pembukaan yg perlu perkenan. Kalau itu hujah kamu maka kamu akui Sidang pada Mei itu sah? Dan adakah Sidang di hotel ini sambungan kpd Sidang pada Mei itu.
    Seterusnya pula kamu kata Sidang Mei itu tidak sah? Kalau Sidang Mei itu kamu hujahkan sbg tidak sah, perlulah perkenan Sultan utk sahkan Sidang di Hotel ini bukan?

    2. Surat sampai ke tangan Bar Council bukan syarat boleh menentukan Ganesan tidak layak jadi Speaker. Kamu pun confuse, Ganesan jadi Speaker Mei & bukan Ogos. Mungkin kerana kamu emosi sehingga panggil org lain baghal etc.
    (Berhujah secara ilmiah jgn emosi)

    3. Perkenan bukan bererti Sultan hadir di Dewan. Nampak lah hujah kamu tidak berasas Zanie.

    4. Sbg pegawai kerajaan saya tidak faham apa hujah kamu yg polis bekerja utk BN/UMNO? dan saya tidak perlu jawab lah...

    5. Raja sebagai simbol sahaja? Cuba kamu jawab kenapa utk bubar Dewan perlukan perkenan Sultan? Ada kah itu hanya simbol?

    Salam Ramadhan Zanie & selamat terus berkhidmat dgn kerajaan untuk menyara kehidupan kamu sekeluarga....

    ReplyDelete
  8. Zanie!!

    Anda silap dalam banyak perkara..Pertama apabila BN mempunyai majorti di Perak dia berhak menubuhkan kerajaan. BN 28+ 4 bebas berbanding 28 PR. Dari awal lagi BN memang boleh menubuhkan kerajaan kerana BN mempunyai 28 kerusi. Pas 6 pkr 7 dan 18 Dap. dan BN lebih. Oleh kerana PR tidak berdiri atas satu flatfom makan BN hendak melantik BN dengan sebab kerajaan persekutuan lebih kepada BN. tetapi apabila pas, pkr dan dap setuju bergabung maka Sultan pun mempunyai alasan "Why dont we try them" dan dengan undang-undang negeri yang sedia ada. MB mestilah Melayu dan Islam. ( Yang ini Aziz Bari nak pindakah?) maka Dap memberontak dan enggan menerima keputusan Sultan. Karpal Singh mengugut Sultan dalam hal ini. Ngeh juga menentang perlantikan Pas sebagai MB. Di sini sudah wujud bercanggahan penndapat dalam PR. Dan sebaiknya Sultan melantik BN kerana kelebihan kerusi.

    Siva dilantik menjadi Speaker oleh kerajaan baru Perak. kerana apa Siva dilantik? kerana Dap, Pas dan Pkr telah membentuk kerajaan. Dengan kata lain jika runtuhnya kerajaan Pakatan maka gugurkan juga jawatan Siva sebagai Speaker.

    Hari ini ia menjadi kenyataan. BN mengambil alih kerajaan secara RTO.

    Mungkin Zanie tak peka kepada persidangan 7 Mei. Apabila Su dewan mengambil sidang. maka Dr Zamry yang mengangkat sumpah di istana Perak adalah MB yang sah berdasarkan undang-undang tubuh negeri. Nizar, Ngeh,Nga , Siva sudah hilang kuasa kerajaan.

    Dalam persidangan 7 Mei dalam keadaan kelam kabut Dr Zamri dengan 31 undi berjaya melantik Speaker baru dan semua adun BN telah mengangkat tangan tanda setuju. dan dalam hal ini barulah speker Dato R Ganesan dijemput masuk ke dalam dewan.

    Kehadiran Siva mendudukki kerusi speaker adalah bertentangan dengan peraturan dewan kerana kerajaan yang melantik beliau sudah gugur.

    Nizar telah membuat road show bahwa dia adalah MB yang dilantik rakyat. Ini satu pembohongan, kerana kuasa melantik MB terletak pada Sultan. Rakyat hanya boleh memilih seorang wakil rakyat

    Jika Nizar adak Ketua Pas Perak dan Pas menang 33 kerusi dan Nizar menang kerusi Dun maka baru lah belia secara otomatik menjadi MB. itupun mesti mendapat perkenan Sultan.

    ReplyDelete
  9. Salam Dato' Sam,

    Saw the youtube last, one thing straight came to my mind would you answer to Aziz Bari, a well known Anwar's army.

    Well we were thinking at the same frequency, the difference is that I don't have the capacity in term of legal knowledge to have done so.

    Thank you Dato' and I will make it loud at FB.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan dato'....

    yang kata sah hanya pemimpin-pemimpin bn...
    bukan pakar undang-undang.....

    kalau dah tahu sivakumar panggil sidang tak sah,biar saja dia masuk dewan....
    biarkan mereka bersidang sampai pagi...

    bubar saja dun....
    lebih baik dan lebih jitu....
    kita kerajaan pilihan rakyat....
    bukan pilihan mahkamah,baik pr mahupun bn...
    mungkin semua kerusi pr akan disapu bn...

    walahualam,tq dato'....

    ReplyDelete
  11. CicitHjHassanu,
    Terima kasih tuan kerana komen yg menarik. Jawapan saya ialah sama lah macam membenarkan org yg bukan Islam sembahyang dlm masjid. Takkan kita nak benarkan
    Wallahualam

    ReplyDelete
  12. Salam Dato'
    Let's look at it this way. Law graduates who eventually became academicians were actually good in their studies but unfortunately most of the time they were not the streetwise kind.

    Their scope of thinking (more often than not) are confined to textbooks or law journals.

    The problem with reading law as opposed to experiencing law is you cannot see what was argued in court and the kind of evidence that are presented.

    I am sure you have had your fair share of excellent watertight case on paper but when it comes to hearing, not only your witnesses screwed it all, even the judge started having doubts on your client's cause.

    That's why Dr. Aziz's comment should not be taken more than what it's worth i.e. textbook comment. I'd say that his comments are valid but the only thing he overlooked is what are the preceding steps to be followed before his arguments can be valid.

    And no one doubts about his political leaning.
    Wanna bet he'll be the next CJ (if Pakatan comes to power)?

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir