Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Bangkang Bukan Dari Longkang

Hari ini sempat berbual mesra dengan seorang YB Pembangkang yang menang di Pahang. Beliau baru saja selesai ke tailor untuk menempah baju istiadat (no. 1 dress utk digunakan semasa istiadat Pembukaan Dewan). Bersemangat betul beliau untuk mengayakan No. 1 dress itu kerana kali ini sudah tiada larangan dari partinya tentang pemakaian baju istiadat yang lengkap bersongkok serta butang berlambangkan crest negeri Pahang. Saya bertanya adakah pemakaian songkok itu bertentangan dengan prinsip ugamanya. Beliau menjawab secara bersahaja "Lebih cantik dari pakai kupiah" Beliau juga sungguh bersemangat memulakan tugas. Beliau sudah mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat walaupun mengaku perlu gunakan banyak wang untuk peralatan dan sewa pejabat. Secara berseloroh saya cadangkan supaya banyak buat ceramah dan edar tin milo kutip sumbangan dari para hadirin. Dia hanya tersenyum. Bila ditanya apakah kerja-kerja yang telah dilakukan sejak menang, dia bertam...

PRU 13 : SPR mesti pinda peraturan

Kali terakhir posting di blog ini ialah 10 Mei 2012. Lebih satu tahun tiada apa-apa yang mahu ditulis. Sibuk melihat gelagat persiapan PRU 13. Akhirnya selesai juga PRU 13 pada 5hb Mei 2013. Keputusannya sudah diketahui umum. Cabinet pun telah diumumkan semalam 15hb Mei 2013. Namun masih ada yang tidak puas hati. Masih ada yang protes di sana sini. Masih ada yang tidak puas berada di jalanan. Masih ada yang tidak puas berkempen, berceramah. Masih ada yang tidak puas untuk mendengar suara sendiri di corong-corong speakers. Masih mahu tempukan dan sorakan. Kita kena akui, SPR telah banyak mengadakan peraturan dan undang-undang baru khas untuk PRU 13 ini. Antara lain :- Borang atau kertas pencalonan dipermudahkan (kita akan hurai samada betul mudah atau sebaliknya di bawah) Tiada lagi tempoh bantahan Tempoh mengemukakan kertas pencalonan dipendekkan mulai jam 9 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja Hanya salah seorang antara Calon, Pencadang atau Penyokong yang perlu hadir menyerahkan...