Hari ini sempat berbual mesra dengan seorang YB Pembangkang yang menang di Pahang. Beliau baru saja selesai ke tailor untuk menempah baju istiadat (no. 1 dress utk digunakan semasa istiadat Pembukaan Dewan). Bersemangat betul beliau untuk mengayakan No. 1 dress itu kerana kali ini sudah tiada larangan dari partinya tentang pemakaian baju istiadat yang lengkap bersongkok serta butang berlambangkan crest negeri Pahang. Saya bertanya adakah pemakaian songkok itu bertentangan dengan prinsip ugamanya. Beliau menjawab secara bersahaja "Lebih cantik dari pakai kupiah" Beliau juga sungguh bersemangat memulakan tugas. Beliau sudah mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat walaupun mengaku perlu gunakan banyak wang untuk peralatan dan sewa pejabat. Secara berseloroh saya cadangkan supaya banyak buat ceramah dan edar tin milo kutip sumbangan dari para hadirin. Dia hanya tersenyum. Bila ditanya apakah kerja-kerja yang telah dilakukan sejak menang, dia bertam...
The truth is often avoided.