UCAPAN BAJET 2010 NEGERI PAHANG Today at 12:16pm SEBAHAGIAN UCAPAN BAJET 2010 NEGERI PAHANG OLEH YAB MB PAHANG YANG SANGAT-SANGAT PERLU DIAMBIL PERHATIAN SERIOUS OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN !!!! 36.Kerajaan Negeri telah berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan generasi akan datang bagi menjamin sumber bekalan air mentah terus berkekalan. Pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar Kerajaan Persekutuan supaya kawasan hutan yang boleh menjamin sumber air mentah negara dikekalkan demi kepentingan semua pihak. Sehingga kini Kerajaan telah mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air. Selaras dengan pewartaan tersebut, semua aktiviti pembalakan tidak dibenarkan. Penguatkuasa terus dipertingkatkan bagi mempastikan kawasan berkenaan tidak dicerobohi. 37. Kawasan hutan yang diwartakan itu mempunyai nilai komersil hasil hutan y...
The truth is often avoided.