Skip to main content

PRU 13 : SPR mesti pinda peraturan

Kali terakhir posting di blog ini ialah 10 Mei 2012. Lebih satu tahun tiada apa-apa yang mahu ditulis. Sibuk melihat gelagat persiapan PRU 13. Akhirnya selesai juga PRU 13 pada 5hb Mei 2013. Keputusannya sudah diketahui umum. Cabinet pun telah diumumkan semalam 15hb Mei 2013.

Namun masih ada yang tidak puas hati. Masih ada yang protes di sana sini. Masih ada yang tidak puas berada di jalanan. Masih ada yang tidak puas berkempen, berceramah. Masih ada yang tidak puas untuk mendengar suara sendiri di corong-corong speakers. Masih mahu tempukan dan sorakan.

Kita kena akui, SPR telah banyak mengadakan peraturan dan undang-undang baru khas untuk PRU 13 ini. Antara lain :-
  • Borang atau kertas pencalonan dipermudahkan (kita akan hurai samada betul mudah atau sebaliknya di bawah)
  • Tiada lagi tempoh bantahan
  • Tempoh mengemukakan kertas pencalonan dipendekkan mulai jam 9 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja
  • Hanya salah seorang antara Calon, Pencadang atau Penyokong yang perlu hadir menyerahkan kertas pencalonan
  • Kertas pencalonan hanya perlu satu salinan asal
  • "Pondok Panas" parti tidak dibenarkan lagi tetapi boleh adakan Pejabat Parti dan SPR adakan Barung SPR
  • Pemerhatikan Barung SPR dibenarkan dikalangan wakil dari calon yang bertanding
  • Penggunaan dakwat kekal.
Kalau kita lihat contoh atau format Kertas Pencalonan yang dibuat SPR yang dikatakan dipermudahkan itu, kita dapati, tidak lah semudah yang dijangka. Masih ada redundancies berlaku. Apa perlunya mengisi dua (2) alamat? Satu alamat biasa dan satu lagi alamat surat menyurat? Bukankah alamat biasa itu juga boleh sampai surat yang mahu dihantar? Berapa banyak surat yang akan dihantar oleh SPR dalam tempoh berkempen? Memadailah dengan satu alamat sahaja dan itu akan jadi lebih mudah. Kalau perlukan alamat dalam negeri jika bertanding DUN, nyatakanlah secara jelas. Kalau bertanding Parlimen apa alamat dalam Malaysia pun boleh dipakai.

Begitu juga dengan Pondok Panas yang digantikan dengan Pejabat Parti. Apa perlunya Pejabat Parti itu? Jarak letaknya Pejabat Parti itu tidak boleh kurang dari 50 meter dari kawasan yang digariskan oleh SPR. Ini bererti kalau jalan masuk ke tempat mengundi itu hanya satu, maka akan adalah Pejabat Parti calon-calon yang akan didirikan bersebelahan. Bukankah itu juga mengundang perbalahan antara parti-parti? Kalau asasnya ialah tidak mahu berlaku kecuhan di hari mengundi, tiadakan terus Pejabat Parti itu. Biarkan dan galakkan pengundi datang mengundi tanpa ada gangguan oleh mana-mana pekerja atau petugas parti yang bertanding. Lagi pun kalau setakat untuk menyemak saluran tempat mengundi, bukankah telah disediakan Barung SPR? Tidak perlu lagi semak di Pejabat Parti dan semak sekali lagi di Barung SPR. Bukankah tempoh kempen telah tamat jam 12 tengah malam hari mengundi? Bukankah tujuannya untuk tidak benarkan pondok panas itu dijadikan tempat berkempen? Pejabat Parti itu pun dijadikan tempat untuk kempen lagi, hanya jaraknya sahaja yang dijauhkan dari tempat mengundi.

Seterusnya adalah mengenai syarat atau kelayakan Pemerhati Barung SPR, Polling Agents dan Counting Agents.
SPR telah menetapkan kelayakannya seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun keatas
  • Tiada pernah ada sabitan jenayah
  • Tiada pernah ada sabitan di bawah Akta Pertubuhan
  • Tiada larangan dibawah Akta Pertubuhan
  • Bukan seorang bankrupt yang belum dilepaskan.
Kelayakan "Bukan seorang bankrupt yang belum dilepaskan" itu adalah sungguh absurd. Apakah seorang yang bankrupt (mungkin kerana bertindak sebagai penjamin atau hutang kecil sahaja) tidak layak untuk memerhatikan petugas SPR mengariskan nama pengundi dan memberikan saluran mengundi di Barung SPR? Atau sebagai Polling Agents, dia tidak layak untuk menyaksikan orang mengundi dan memasukkan kertas undi dalam peti undi? Atau sebagai Counting Agents dia tidak layak untuk menyaksikan petugas SPR mengasingkan undi kedalam tray mengikut nama calon yang bertanding? Dia bukan bertanding sebagai calon atau boleh campur tangan pun dalam apa juga proses pilihanraya. Mungkin dia boleh membuat teguran kalau berlaku kesilapan salah nombor saluran, atau salah peti dimasukkan kertas undi. Takkan lah si bankrupt tidak boleh buat itu semua?

Apa yang lagi menyusahkan ialah jika sekira orang yang tidak layak yakni contohnya si bankrupt dilantik sebagai Barung Agent, Polling Agent atau Counting Agent, beliau boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya dengan denda maximum RM5,000 dan yang lagi parah ialah ia boleh menyebabkan satu petisyen pilihanraya dibuat. Bukankah itu sesuatu yang absurd?

Mengenai dakwat kekal pula, adalah tidak jelas samada itu adalah pra-syarat kesahihan undi seseorang pengundi itu. Apakah effect nya kepada undi seseorang itu kalau dakwat yang digunakan itu tidak kekal? Apakah semasa mengira undi itu ditentukan juga samada pengundi itu telah calit jarinya dengan dakwat. Tiada pula disebut dalam mana-mana peraturan bahawa kalau selepas mengundi, pengundi itu boleh hilangkan dakwat di jarinya itu, undinya jadi tidak sah.

Apapun halnya, PRU 13 telah berjalan dengan lancar. Keputusan telah diketahui sepenuhnya tidak sampai 12 jam selepas tutupnya tempat mengundi. Pegawai dan petugas SPR telah menjalankan tugas dengan baik. Pihak Keselamatan pula telah berjaya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sehingga tiada kecuhan yang melampau dan PRU 13 telah menyaksikan turnout yang paling tinggi dalam sejarah.

Syabas SPR dan kalau boleh pinda lah peraturan yang absurd dan tidak masuk akal seperti yang telah dibangkitkan diatas untuk PRU akan datang.


Comments

  1. Salam Bro,
    Dis is NOT a comment, i am trying to re-connect with u asap...
    i am zukri valenteno...plse sms me at 019-213 3841...thks

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir