Friday, February 12, 2021

 

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.


PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR)
SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN.

1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang.
3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera.
4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikirkan sesuai.
6. Peguam Negara mendapat keutamaan mengatasi orang lain apabila hadir di mahkamah atau tribunal.
7. Saraan atau emolument Peguam Negara adalah ditentukan oleh Agong.
8. Perkara 183 Perlembagaan memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mengizinkan tindakan sivil atau jenayah terhadap Agong atau Raja mana2 Negeri. Keizinan itu adalah hak budibicara Peguam Negara sendiri (Personally).
9. Kelayakan menjadi Peguam Negara mesti lah seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. Perkara 123 Perlembagaan menyebut kelayakan menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi adalah pengalaman selama 10 tahun samada sebagai seorang peguam atau anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang atau perkhidmatan undang-undang Negeri. Semestinya mestilah seorang warganegara.

Besar, luas dan tinggi kuasa seorang Peguam Negara. Sebagai Public Prosecutor dia boleh tentukan samada seseorang itu boleh dituduh di mahkamah yang boleh mengakibatkan masuk penjara, didenda, disebat atau dilepaskan begitu sahaja.

Dr. Mahathir telah mengakukan kesilapannya melantik Tommy Thomas atau nama sebenarnya Thomas Thomas @ Mohan a/l K. Thomas. 

Dalam buku yang ditulis oleh Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ dia mengakui pelantikannya adalah atas cadangan kawannya Zainur Zakaria dan Ambiga. Dr. Mahathir juga akui perkara itu benar. 
https://chedet.cc/?p=3323

Oleh kerana perkara itu diakui, kesalahannya adalah terletak pada Dr. Mahathir. Sepatutnya pelantikan Peguam Negara itu mesti melalui satu proses yang lebih ketat dan bukannya atas cadangan oleh kawan kepada orang yang mengidam jawatan itu. Paling tidaknya mesti ada “security vetting”. Proses security vetting itu boleh tentukan samada calon yang dikenalpasti  adalah layak atau tidak. 
Dalam kes Tommy Thomas ini beliau pernah lari dari Malaysia dan telah mendapatkan Permanent Residence status di Canada. Kenapa dia serta semua ahli keluarganya meninggalkan Malaysia juga ada ditulis dalam bukunya. Antara sebabnya dia sudah tidak yakin dengan politik dan pentadbiran negara ini. Dia kecewa dengan tahanan ISA Operasi Lalang dan marah tentang pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. 
Beliau juga pernah dijatuhi hukuman penjara walaupun dia lepas diperingkat rayuan dan dia akui terkesan dengan peristiwa itu.
Beliau juga kematian anak yang dikatakan membunuh diri. 
Kesemua itu sepatutnya dipertimbangkan kerana itu latar belakang dia yang boleh mempengaruhi dirinya kalua dilantik ke jawatan tinggi.

Walaupun tiada proses temuduga tetapi siasatan latar belakang sangat penting. Pegawai kerajaan yang hendak naik pangkat pun ada security vetting. Calon pilihanraya juga perlu ada security vetting. Kesetiaan kepada Raja dan Negara sepatutnya menjadi perkara utama untuk lantikan ke jawatan tinggi Negara. Itu Rukun Negara.

Selama 21 bulan Tommy Thomas menjadi Peguam Negara, beliau menggunakan sepenuh kuasanya untuk menarik balik kes termasuklah kes yang beliau sendiri pernah jadi lawyer kepada OKT.
Kes Lim Guan Eng dan Phang Li Koon adalah yang paling classic.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469202/mahkamah-bebaskan-guan-eng-li-koon

Sebelum jadi AG, beliau adalah peguam kepada Lim Guan Eng dan V. Sithambaram adalah peguam Phang Li Khoon. Ini sama lah dengan membuat representasi kepada peguam sendiri untuk menggugurkan kes. Sudah pasti akan disetujukan. Walaupun DPP yang umumkan pengguguran kes itu di Mahkamah ada lah Datuk Masri Daud, tetapi Datuk Hanafiah Zakaria mengakui dia yang bertanggungjawab sepenuhnya.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lim-dan-phang-bebas-ia-keputusan-saya-mohamad-hanafiah-184761

Pengakuan itu menimbulkan tanda tanya. Kuasa memberhentikan sesuatu pendakwaan mengikut Perlembagaan adalah terletak ditangan AG. Adakah boleh kuasa itu didelagasikan kepada pegawai lain? Kalau dibaca Perkara 145 (3), ia tidak mencadangkan begitu!

Struktur pendakwaan di Pejabat Peguam Negara menunjukkan terdapat Ketua Pendakwaan, Pengarah Pendakwaan Negeri dan Timbalan Pendakwaraya di setiap Mahkamah termasuk di Mahkamah Majistret.
1. http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/images/2_Coporate/SMAGC%20CHART%204Jan2021.png
2. http://www.agc.gov.my/agcportal/index.php?r=portal2/left&menu_id=M1JQdDd5MDl1QWg5Z0tSODFpN1RQQT09

Peguam yang biasa buat Representasi ini tahu bahawa Surat Representasi itu mesti dialamatkan kepada Peguam Negara bukan kepada Head of Division atau Pengarah Pendakwaan Negeri atau DPP. 

Banyak lagi kes yang digugurkan atau tidak diteruskan pendakwaan oleh Tommy Thomas.
Sivarasa Rasiah DAP https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/442641/sivarasa-bebas-tuduhan-muat-naik-poster-palsu-najib
Thomas Su DAP
 https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/442641/sivarasa-bebas-tuduhan-muat-naik-poster-palsu-najib
Hassan Karim PKR 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/454511/tuduhan-menghasut-ahli-parlimen-pasir-gudang-dilepas-tanpa-dibebaskan
Sivarasa, Surendran dan Zunar
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/454511/tuduhan-menghasut-ahli-parlimen-pasir-gudang-dilepas-tanpa-dibebaskan
Eric Paulsen dan Arutchelvan
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/15/eric-paulsen-psms-arutchelvan-acquitted-of-sedition-after-prosecution-withdraws-charge/
Fahmi Reza
Chong Chieng Jen DAP dan Julian Tan
Siti Kassim
Rafizi Ramli
Haris Ibrahim
Gunasekaran DAP LTTE
G. Saminathan DAP LTTE

Semua kes dilaporkan oleh Media atas alasan kes digugurkan atau ditarik balik atas reprentasi yang dibuat direct kepada AG.

Dalam kes Siti Kassim ada presepsi yg dia dengan Tommy Thomas menari atas pentas begitu senang hati.

Semua ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya samada kes-kes itu ditarik balik secara professional atas alasan undang-undang yang kukuh atau atas alasan tertuduh adalah dari aliran dan fahaman politik yang sama. 

Kalau itu alasan yang diberikan, pada masa akan datang boleh lah kita beranggapan kalau ada pertuduhan terhadap seseorang tukar lah kerajaan dan tukar AG. AG yang baru dari kerajaan yang baru boleh gugurkan kes. Pemikiran begini sangat bahaya. AG tidak lagi professional tetapi duduk dibawah telunjuk politicians.

Dalam tugas untuk menasihati Agong seorang Peguam Negara mesti lah juga tahu adat istiadat Melayu dan ugama Islam. Agong adalah ketua ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu di Negara dan Negeri. 

Ada ditulis oleh Tommy dalam Buku nya bahawa Agong pada mulanya tidak bersetuju pelantikannya. Tindakan Agong itu perlu dipuji. Seorang Peguam Negara yang mengakui tidak fasih berbahasa Melayu mana mungkin dia tahu adat istiadat Melayu apatah lagi Ugama Islam. 

Disini juga Dr. Mahathir perlu dipersalahkan. Tidak kah Dr. Mahathir tahu bahawa Perlembagaan menetapkan bahawa Peguam Negara itu juga adalah penasihat undang-undang kepada Agong?

Satu lagi pujian patut diberi kepada Agong yang pada masa lantikan itu adalah Sultan Kelantan. Sebagai Agong baginda pasti tahu jika sekiranya ada pihak yang mahu menyaman Agong dan Raja di Mahkamah Khas, keizinan Peguam Negara secara personally adalah diperlukan. Tidakkah ianya bercanggah? Seorang Penasihat Undang-Undang kepada Agong diberikan tugas untuk mengizinkan pihak lain menyaman orang yang dia berikan nasihat? 

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN YANG PERLU DIPINDA DAN DIKEMASKINI.

Ada juga baiknya Tommy Thomas menulis Buku My Story itu. Ia menyedarkan kita betapa pentingnya jawatan Peguam Negara tidak jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, tidak patriotic kepada Negara, tidak faham adat istiadat Melayu dan tidak mengerti bahawa Islam itu adalah ugama Persekutuan.

Kesilapan Dr. Mahathir ialah dia mahu mencuba seorang yang bukan Melayu untuk jadi Peguam Negara. Alasan beliau ialah Peguam Negara sebelum Tommy Thomas telah melindung pemimpin negara yang melakukan kesalahan jenayah. Itu juga satu aspek yang tidak juga sepatutnya ada pada seorang Peguam Negara. Peguam Negara tidak boleh menutup kesalahan jenayah walau siapa yang melakukannya. Peguam Negara mesti tegas dan berani mendakwa siapa juga termasuk pemimpin yang melakukan kesalahan terutama kesalahan jenayah. To serve without fear or favour.

Tapi apabila Tommy dilantik oleh Dr. Mahathir beliau bukan saja melindung tetapi mengatakan tiada jenayah dilakukan oleh pemimpin. Ini jelas dalam kes tidak mendakwa pesalah yang memuja kumpulan pengganas LTTE. Pada dia LTTE bukan penganas. Siapa juga yang simpati bukan melakukan kesalahan. Peguam Negara tidak boleh menjadi prosecutor dan juga seorang judge. Samada seorang itu salah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa adalah tugas Hakim bukannya tugas Peguam Negara.

Jelas, pilihan orang macam Tommy Thomas sebagai Peguam Negara oleh Dr. Mahathir adalah kesilapan yang sangat besar. Beliau gagal menunjukkan pada masa pemilihan itu dibuat, segala aspek calon itu telah dikaji. Mungkin Dr. Mahathir sendiri tidak tahu bertapa enormous nya kuasa yang ada pada tangan AG.

Pindaan juga perlu dibuat kepada Perlembagaan untuk memisahkan jawatan Public Prosecutor dengan Attorney General.
Sebagaimana dijelaskan diatas, Public Prosecutor tugasnya ialah membuat pendakwaan kes-kes jenayah. Manakala Attorney General pula ada adalah penguamcara tertinggi yang memberi nasihat kepada Negara. Public Prosecutor bukan seorang Peguambela. Dia Pendakwaraya yang mewakili Negara mendakwa Pesalah Jenayah. 

Pindaan juga perlu dibuat untuk mengekang belakunya salah guna kuasa dalam pendakwaan dan pengguguran kes yang sedang didakwa. Ianya tidak boleh diberi kepada seorang batang tubuh sahaja. Itu kuasa yang tidak terbatas. 
Keputusan untuk mendakwa adalah sesuatu yang biasanya dibuat atas cadangan yang dibuat oleh pihak penguatkuasaan dan siasatan. PDRM dan SPRM sebagai contohnya. Pihak yang menyiasat lah yang mendapatkan bukti samada kesalahan itu ada bukti atau sebaliknya. Jika tidak cukup bukti biasanya tidak didakwa. 

Tetapi bagi menggugurkan kes setelah dituduh di mahkamah dan mahkamah telah berpuashati ada kes prima facie, keputusan untuk menarik balik kes di peringkat itu adalah tidak wajar. Ini dapat dilihat dalam kes Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim.
1. Tamrin Ghafar 
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2014/10/10816/tamrin-ghafar-diarah-bela-diri-tuduhan-beri-ucapan-berbaur-hasutan
2. Haris Ibrahim
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/14/aktivis-haris-bersalah

Pindaan juga perlu dibuat kepada Perkara 183.

Izin untuk menyaman sivil atau pertuduhan jenayah terhadap Agong dan Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya terletak di tangan Peguam Negara secara peribadi. 
Untuk menyaman kerajaan melalui Judicial Review pun perlukan Leave atau Kebenaran dari Mahkamah. 
Sepatutnya untuk menyaman Agong dan Raja-Raja Melayu juga mesti lah melalui leave atau kebenaran oleh Hakim atau Panel Hakim yang bersidang di Mahkamah Khas itu. 


KESIMPULAN.

Peguam Negara atau AG tidak boleh diserahkan kepada sembarangan orang. Jawatan itu sangat penting. Kesilapan melantik Tommy Thomas tidak boleh berulang lagi.

(Dato’ Shamsuddin Bin Haji Nawawi, DSAP. DIMP.) 
Advocate & Solicitor


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]