Dewan Undangan Negeri Pahang akan mula bersidang pada 20hb April 2009 sehingga 27hb April 2009. KDYMM Sultan Pahang akan merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke 12 pada hari Isnin 20hb April jam 9.00 pagi InsyaAllah. Mengikut Peraturan Dewan quorum persidangaan hanya seramai 11 orang sahaja. Saya percaya Wakil Rakyat Negeri Pahang baik dari BN atau Pembangkang, semuanya sayangkan nyawa mereka dan akan hadir pada majlis itu nanti. Jangan salah faham, buka nyawa badan, nyawa yang saya maksudkan ialah nyawa politik . Kehadiran semasa Sidang Dewan dan juga pre-council Dewan adalah menjadi salah satu perkara yang diambilkira untuk menentukan samada YB akan terus hidup atau sebaliknya. Jangan salah faham, ini bukan ugutan. Ini hanya sekadar ingatan. Namun prestasi menjalankan tugas di kawasan masing-masing adalah yang lebih penting ditekankan. Kalau semua YB menjaga dan turun padang di kawasan masing-masing, kita percaya, YB akan terus diminta menyamb...
The truth is often avoided.