Skip to main content

Mogok Lapar



Banyak betul dilaporkan tentang mogok lapar oleh dua orang yang kononnya pengarah syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang boleh dibaca di sini, di sini, di sini dan mungkin banyak lagi.




Dalam kes Seruan Gemilang ini, memang betul mereka mendapat judgment TETAPI sesuatu judgment itu mesti dilaksanakan melalui proses EXECUTION. Mereka telah menggunakan proses MANDAMUS (proses execution of judgment terhadap kerajaan) utk menuntut bayaran TETAPI mereka telah menuntut kpd pihak yg salah. Pada asalnya mereka cuba mendapatkan perintah MANDAMUS dari MB, SS & Pegawai Kewangan Negeri (PKN). Mereka menarikbalik tuntutan terhadap SS & PKN dan hanya mahu teruskan terhadap MB. Mahkamah telah memutuskan bahawa tuntutan Mandamus terhadap MB adalah salah! Oleh kerana salah, maka tiada perintah utk MB membuat pembayaran.
Disamping itu, kerajaan Pahang juga telah memfailkan satu Writ of Summons utk MENGENEPIKAN judgment yg diperolehi oleh Seruan Gemilang (SG) itu atas alasan bahawa Judgment yg diperolehi oleh SG itu telah diperolehi melalui PEMALSUAN DOKUMEN, DECEIT, MISREPRESENTATION, FRAUD serta bias Hakim yg mendengar kes itu diperingkat perbicaraan. Writ ini adalah ongoing dan menunggu tarikh perbicaraan.
John Chong yg dikatakan pernah bekerja sebagai pegawai mahkamah itu sepatutnya tahu atau mungkin sengaja buat tak tahu, bahawa process perlaksanaan judgment atau penghakiman itu adalah termaktub dlm undang2. Judgment yg diperolehi itu bukan atas nama Menteri Besar Pahang TETAPI adalah diatas nama Kerajaan Negeri Pahang. Sengaja SG bertindak utk memalukan MB dgn cuba mendapatkan perintah mandamus terhadap MB dan Mahkamah Persekutuan juga membuat penghakiman bahawa judgment itu bukan utk dibayar oleh MB tetapi sebaliknya adalah melalui Pegawai Kewangan Negeri. SG tidak dapat mandamus terhadap PKN kerana mereka sendiri tarik balik permohonan mandamus terhadap PKN & SS itu.
Dengan bukti2 serta dokumen2 yg telah dapat dikumpulkan selepas dari judgment yg SG perolehi itu, memang jelas bahawa terdapat penipuan, deceit, misrepresentation, fraud serta pemalsuan dokumen oleh SG utk mendapatkan judgment itu.
SG sudah takut dengan apa yg akan didedahkan melalui Writ terhadap mereka oleh Kerajaan Pahang dan 2 org upahan ini telah diperkudakan utk meraih simpati terutama parti2 politik haluan kiri & pembangkang.
Kalau SG mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan, kerajaan juga ada hak utk ambil tindakan mahkamah terhadap SG. Kalau takut dengan kebenaran melalui tuntutan di mahkamah, jgn raih simpati melalui tindakan mogok lapar. Mogok lapar bukan proses EXECUTION of JUDGMENT !!!






Comments

  1. This is interesting.
    Apparently, there is MORE to the story. Kalau baca dalam online news sites ni, nampak macam diorang ni "dianiaya".

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...