Skip to main content

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon.
Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah.
Itu betul.
Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah.
Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya.
Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan.
Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara.
Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sahaja yang boleh kalahkan Hang Jebat.
Hang pun kalau nak percaya apa depa cakap, hang siasat lah dulu....

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir

Apa kuasanya Jabatan Ugama Negeri?

Kita semua tahu Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah bidangkuasa Negeri. Tapi bukankah itu satu undang-undang yang sah dan berkuatkuasa?  Apabila sesuatu tindakan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, boleh kah pihak lain campurtangan? Bolehkah pihak lain perintahkan "tutup mulut'?  Bukankah tindakan Jabatan Agama itu juga disertai oleh pihak Polis? Jika terdapat kesalahan yang dilakukan bukan sahaja oleh orang Islam atau Melayu, tidakkah Polis boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang Negara yang berkuatkuasa atau yang selalu disebut sebagai undang-undang sivil? Kalau ternyata ada perbuatan jenayah yang mirip kepada menghasut umat Islam atau Melayu untuk murtad, bukankah itu juga kesalahan jenayah sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang sivil? Bukankah Perlembagaan Negara memperuntukkan tidak boleh berdakwah atau berdakyah untuk tujuan memesongkan akidah orang Islam di Negara ini? Kenapa pula diperintahkan untuk tutup mulut? Kalau serbu