Skip to main content

Undi Tidak Percaya Kepada Khalid

Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor telah gagal!!!. Khalid tidak faham The Constitution of the State of Selangor  .

Azmin Ali mesti bertindak segera. Azmin mesti mulakan langkah untuk usulkan undi tidak percaya kepada Khalid dengan segera. Azmin mesti ambil alih sebagai MB Selangor yang baru. Ini lah peluang terbaik Azmin. Sebagai Timbalan Presiden sebuah parti tidak sepatutnya Azmin tidak boleh jadi MB Selangor. Mungkin Azmin nak kata saya "pariah", katalah, sebab hanya pariah yang kenal sesama pariah!

Untuk membantu Azmin, disini saya senaraikan kegagalan dan tindakan kurang bijak Khalid :-
  1. Gagal menunaikan tugas sebagai Penasihat Sultan seperti yang diperuntukkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri. Jangankan hendak beri nasihat, hendak mengadap Sultan pun tidak berupaya.
  2. Gagal memahami mana satu kuasa MB dan yang mana satu kuasa Sultan. Kuasa lantikan oleh MB sebagaimana dalam Undang-undang Tubuh Negeri hanyalah terhadap seorang Setiausaha Politik bukannya Setiausaha Kerajaan Negeri ! Itu pun Khalid buat tanpa ada Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Speaker !
  3. Khalid gagal membezakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).
  4. Khalid seorang penakut. Takut kepada seorang hamba Allah yang bernama Khusrin. MB adalah ketua negeri, kalau dia takut kepada seorang hamba Allah, dia tidak layak jadi MB.
  5. Khalid sudah mula cakap meraban dan itu tanda tidak kewarasan otak dan itu alasan yang sangat baik untuk lucutkan jawatannya.
Kalau apa yang disenaraikan diatas terlalu ganas dan akan menampakkan Azmin Ali gila kuasa, Azmin hanya perlu galakkan Khalid dalam usahanya untuk pinda Undang-undang Tubuh Negeri. Kita tahu dia hendak tipu rakyat sebab untuk pinda Undang-undang Tubuh mesti dapat sokongan undi 2 pertiga ahli DUN. Pakatan Rakyat tidak cukup jumlah itu. Azmin mesti pastikan semua Ahli Dewan dari BN tidak sokong usul itu. Bila usul yang dibawa oleh MB gagal di DUN, dengan sendirinya layak untuk Azmin usulkan Undi Tidak Percaya kepada Khalid dengan serta merta. Sudah pasti ahli DUN dari BN akan setuju dan dengan pengaruh Azmin yang kuat dalam Pakatan Rakyat, pasti Khalid akan tumbang. Khalid tumbang, Azmin boleh mengadap Sultan untuk pekenan lantik Azmin jadi MB yang baru. 

p/s : Jangan mengadap Sultan untuk bubar Dewan pula, sebab kalau bubar Dewan ada Pilihanraya. Kalau ada pilihanraya belum tentu Azmin akan menang dan silap gaya melepas pula untuk jadi MB. Undi Pilihanraya ini bukan sama dengan undi dalam PKR yang Azmin boleh control.

Semoga berjaya Azmin !!!

Comments

  1. saya rasa Azmin pun xkan berani lah dia nak buat undi x percaya ke khalid gagap tu...mana azmin berani...xdanya dia berani...saya makan sate kalau dia berani

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir