Skip to main content

Pinda Undang-undang Tubuh Negeri : Kuasa siapa yang hendak dikembalikan?

Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang sedang hangat diperkatakan adalah pindaan yang dibuat pada tahun 1993. Apabila muncul suasana perlantikan SUK yang tidak disenangi oleh MB, ada negeri yang mahukan kuasa itu diberikan sepenuhnya kembali kepada DYMM Sultan. 

Siapa sebenarnya yang mahu dikembalikan kuasa? Adakah DYMM Sultan atau Menteri Besar? Yang kita faham, DYMM Sultan tiada masalah dengan perlantikan SUK itu. Yang merungut dan membantah ialah MB!

Apa kata kalau Undang-undang Tubuh Negeri, kita pinda kepada keadaan sebelum 1993 and beyond? 

Saya ada kedua-dua naskhah Undang-undang Tubuh Negeri Pahang yang dicetak pada tahun 1983 dan juga naskhah tahun 2002.

(Ini naskhah yang dicetak tahun 1983)
(Ini naskhah yang dicetak tahun 2002)

Kalau ada yang bersemangat sangat untuk mengembalikan kuasa DYMM Sultan sebagai Raja Pemerintah, apa kata dipinda seperti berikut:-
  1. Sultan diberi kuasa mutlak melantik dan memecat MB atas pertimbangan baginda sendiri.
  2. Sultan diberi kuasa mutlak membubarkan DUN atas pertimbangan baginda sendiri.
  3. Sultan diberi kuasa mutlak memanggil dan memberhentikan Sidang DUN atas pertimbangan baginda sendiri. Tiada sidang DUN boleh dijalankan tanpa titah perkenan baginda sendiri.
  4. Sultan diberi kuasa mutlak melantik, memecat dan merombak EXCO Negeri atas pertimbangan baginda sendiri.
  5. Sultan diberi kuasa mutlak melantik SS, LA & SFinO Negeri atas pertimbangan baginda sendiri.
  6. Sultan diberi kuasa mutlak melantik, memecat atau memindahkan semua ketua jabatan yang ada dalam negeri baginda diatas pertimbangan baginda sendiri.
  7. Sultan diberi kuasa mutlak untuk menghalau keluar sesiapa sahaja yang derhaka, kurang ajar atau mengeluarkan kata-kata yang menghasut atau memfitnah atas pertimbangan baginda sendiri.
  8. Sultan diberi kuasa menerima atau menolak apa-apa juga Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh DUN. Tiada rang undang-undang menjadi undang-undang tanpa perkenan Sultan sendiri diatas pertimbangan baginda sendiri.
  9. Secara amnya, Sultan adalah Raja Pemerintah Negeri dan semua yang lain adalah menjalankan tugas atas kehendak baginda.
  10. Apa juga perlakuan baginda, Sultan tidak boleh didakwa di mana-mana Mahkamah sekali pun.
Adakah itu sebenarnya yang dikehendaki? Atau yang dikehendaki itu ialah Menteri Besar mesti menentukan siapa pegawai atau ketua jabatan negeri? Menteri Besar hendakkan kuasa memilih, melantik dan mendapat taat setia dari pegawai tinggi negeri? Dan semua mesti taat patuh kepada ideology parti yang MB anggotai dan anuti?

Ada negeri akan bentangkan pindaan Undang-undang Tubuh pada 24hb Januari 2011. Kita sama-sama tunggu, pindaan apa yang akan dibentangkan? Adakah pindaan untuk kembalikan kuasa DYMM Sultan atau untuk menambah kuasa Menteri Besar? Adakah kuasa Menteri Besar sebagaimana diperuntukkan selepas pindaan tahun 1993 tidak mencukupi? Atau Menteri Besar mahukan kuasa setara dengan kuasa DYMM Sultan? Ke arah mana negeri itu mahu pergi?

Comments

  1. Menteri Besar belum pernah melihat wajah murka Sultan Selangor. Kata pepatah Melayu raja raja ada penggerun.

    Setakat ini Sultan hanya bertindak hampir kepada balik tabir dan bertolak ansur.

    Dalam hal yang biasa kita ketahui dan pernah di sebut sebut ramai orang bahawa Sultan sekadar 'Rubber Stamp' atas nasihat MB dalam hal hal pemerintahan dan lain lain mengenai negeri itu.

    Menurut kawan saya yang belajar law masa sama sama di universiti, "Undang undang adalah untuk di cabar!"

    Apa kata kali ini Sultan pula menggunakan perkataan, "Atas perkenan tuanku" iaitu dengan cara 'tidak berkenan'. Apa berlaku?

    Hidup Melayu!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir