Skip to main content

Masukkan Karpal Singh di Kandang Saksi.

YB Zulkifli Nordin menulis dengan detail perlakuan menyalahi etika peguam oleh Karpal Singh dalam postingnya yg boleh dibaca di sini. Kalau Karpal Singh masih ada etika sebagai seorang peguam, beliau sepatutnya menarik diri dari terus mewakili Anwar Ibrahim. Kalau beliau beberapa kali membuat permohonan supaya Hakim dan Pendakwaraya menarik diri, kali ini tiba masa untuk beliau menjadi waras dan bertindak secara yang honourable.

Bagi peguam yang biasa mengendalikan kes jenayah, berbagai cara dan pendekatan diambil untuk memberikan pembelaan yang berkesan. Ada yang bertanya kepada Orang Kena Tuduh (OKT) supaya memberitahu apa sebenarnya yang berlaku; bertanya samada jenayah itu dilakukan atau tidak. Kalau dilakukan, apakah sebabnya dan daripada situ dicari jalan dan peruntukan undang-undang yang boleh membebaskan OKT ataupun dinasihatkan untuk mengaku bersalah dan dicari pula peruntukan undang-undang untuk meringankan hukuman terhadapnya.

Mungkin juga ada yang terus terima sahaja untuk mewakili OKT kerana dengan mewakili OKT, peguam itu mendapat sesuatu yang lumayan samada kewangan dengan legal fees yang banyak atau publicity yang sekarang ini diistilahkan sebagai High Profile cases.

Karpal Singh pernah mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah liwat Anwar Ibrahim melalui hubungannya sebagai peguam kepada Azizan dan Umi Hafilda yang boleh dibaca di sini

Adakah Karpal Singh tidak pula bertanya kepada Anwar Ibrahim tentang perkara yang beliau pernah ada information? Atau apakah yang ada dalam otak Karpal Singh apabila beliau sanggup pula untuk membela Anwar Ibrahim? Adakah kerana publicity yang akan diperolehi atau keuntungan kewangan melalui legal fees yang banyak? Kalau itu lah pilihannya, Karpal Singh langsung tidak ada ethics dan tidak peduli dengan ethics.

Adakah Karpal Singh mewakili Anwar Ibrahim dengan arahan untuk melengah-lengahkan kesnya? Lagi lambat sesuatu kes diselesaikan lagi bagus untuk OKT kerana dalam tempoh masa yang lama, mungkin ada saksi yang lupa apa keterangan yang patut dikemukakan di mahkamah atau mungkin juga akan ada saksi yang meninggal dunia. Kalau saksi dikalangan polis pula, mungkin polis itu akan pencen dan bila pencen, mungkin polis itu akan beri keterangan dengan cara yang lain, yang lebih hostile atau yang boleh jadi seperti seorang hamba Allah bernama Mat Zain Ibrahim.

YB Zulkifli Nordin juga pernah mewakili Anwar Ibrahim. Apakah pula maklumat yang beliau ada? Biarlah itu rahsia kerana adalah juga menjadi Code of Ethics peguam supaya tidak mendedahkan privileged and confidential communication antaranya dengan bekas anakguamannya. Adios juga untuk YB Zulkifli Nordin. Adios...

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir