Skip to main content

Mencari Punca Hasil Baru

YAB Menteri Besar Pahang dalam ucapan Bajet 2011 menyebut :-
7.     STRATEGI MENINGKATKAN HASIL NEGERI
18.    Mencari punca hasil baru negeri boleh dilakukan melalui dua pendekatan iaitu pendekatan jangka pendek dan pendekatan jangka panjang. Pendekatan jangka pendek Insya Allah akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan mewajibkan semua Agensi Kerajaan menyalurkan 50% daripada keuntungan masing-masing kepada Kerajaan Negeri. Anak-anak syarikat kepada agensi-agensi Kerajaan akan diwajibkan menyalurkan 50% dari keuntungan anak-anak syarikat kepada agensi masing-masing dan 50% daripada sumbangan itu diwajibkan disalurkan pula kepada Kerajaan Negeri. Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan tahun 2011 dan ini bermakna kesemua agensi Kerajaan dan anak-anak syarikat agensi Kerajaan akan menyalurkan sumbangan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan kepada keuntungan yang dibuat pada tahun ini, iaitu tahun 2010.
19.    Pendekatan yang kedua, secara pendekatan jangka panjang, InsyaAllah Kerajaan Negeri akan terlibat secara terus dalam projek pelaburan berskala besar yang berdaya maju dengan pelabur-pelabur asing mengikut kesesuaian. Penerokaan dalam bidang bioteknologi akan diteruskan dan ianya dijangka boleh mendatangkan hasil terus kepada Kerajaan Negeri kalaupun tidak masa sekarang tetapi masa jangka panjang.
20.    Sumbangan dari agensi Kerajaan dan anak-anak syarikat agensi kepada Kerajaan Negeri dianggap wajar, patut dan munasabah kerana kesemuanya diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dengan sumbangan Kerajaan Negeri dari masa ke semasa bermula dengan sumbangan dalam bentuk launching grant. Kerajaan Negeri akan memohon bantuan Kerajaan Persekutuan dari masa ke semasa oleh sebab kemajuan pembangunan Negeri secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara pada keseluruhannya.
Negeri Pahang mempunyai Agensi Kerajaan seperti berikut :-
  1. Lembaga Kemajuaan Perusahaan Pertanian (LKPP)
  2. Yayasan Pahang
  3. Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
  4. Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA)
  5. Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
  6. Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang
  7. Lembaga Muzium Negeri Pahang
  8. Lembaga Pembangunan Tioman
  9. Perbadanan Stadium Darul Makmur
  10. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
  11. Pahang Skills Development Centre (PSDC)
  12. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK)
  13. Pahang Technologies Resources Sdn. Bhd
Bajet 2011 ini menjangkakan defisit sebanyak lebihkurang RM68 juta. Secara puratanya 13 agensi kerajaan yang disenaraikan diatas hanya perlu menyumbang sebanyak RM5.2 juta setiap agensi. Jumlah RM5.2 juta bukan lah satu jumlah yang tidak realistic dan mampu disumbangkan.

Apa yang perlu hanyalah usaha yang lebih sedikit kearah mencapai keuntungan. Pegawai dan kakitangan agensi kerajaan itu perlu bangun dari lamunan tidur yang selama ini terlalu nyenyak. Kalau diambil polisi yang digunapakai oleh swasta dalam hubungan Majikan dengan Pekerja, pekerja mestilah bekerja untuk majikan dengan sepenuh hati tanpa ada niat untuk menyokong atau membantu syarikat pesaing kepada Majikan. Biasanya Majikan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan membuang pekerja yang tidak setia kepada Majikan.

Sebagai sebuah kerajaan, Negeri Pahang tidak pernah mengambil sikap atau polisi swasta dalam hubungan dengan Pegawai dan kakitangannya. Namun, mungkin sampai masanya, kalau agensi kerajaan dibawah pimpinan CEO atau Pengarah atau apa juga designation yang digunakan, tidak dapat memberi keuntungan kepada Agensi itu dan seterusnya kepada Kerajaan; beliau itu perlulah diganti. Perlu digantikan dengan Pegawai yang lebih tahu bagaimana mencari keuntungan. Bottom line kepada penubuhan Agensi adalah keuntungan dan bukannya menempatkan pegawai atau kakitangan yang memerlukan pekerjaan.

Mungkin kerajaan perlu penting dan fikirkan rakyat dari memikirkan kebajikan seseorang yang tertentu sahaja. Pegawai yang telah melebihi umur persaraan wajib, wajib dipencenkan; kerana ramai lagi yang layak dan mampu mengambil tempat itu. Bagi pegawai-pegawai yang terlibat, "Its time to pull your socks!"


"SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENYUMBANG"

Comments

  1. Bagus sekali cadangan 50% sumbangan dari keuntungan anak2 syarikat.

    Letakkan KPI kepada CEO2 anak2 syarikat.

    Inject New Blood into our anak2 syarikat kerajaan negeri. Ramai lagi mereka2 yg berwibawa diluar sana.

    K'jaan negeri jangan terikat kepada ajk2 UMNO sahaja dalam melantik wakil2 kerajaan atau dalam memberi peluang projek2. Takut nnt terjadi seperti di Selangor. Apabila PM menyuarakan kebimbangannya dimana, hanya Ajk2 Bahagian & Cawangan UMNO sahaja yg datang di setiap program untuk Rakyat. Walaupun program bersilih ganti penganjur & lokasi tapi kehadiran muka yang sama!!

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir