Skip to main content

Rakyat & Parti Menguasai Kerajaan?

Menang pertandingan merebut jawatan dalam UMNO tidak semestinya mendapat jawatan dalam kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib.

Senarai dibawah menunjukkan beberapa nama yang menang besar dalam pertandingan Majlis Tertinggi UMNO tidak diberi apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Dato' Sri Najib juga menyatakan bahawa konsep Parti Menguasai Kerajaan ditukar kepada Rakyat dan Parti Menguasai Kerajaan. Adakah ini bermakna PM mengambil kira pandangan dan persepsi RAKYAT terhadap mereka yang MENANG dan yang KALAH?

Apakah mungkin yang menang itu pada persepsi rakyat tidak layak menjadi pemimpin Kerajaan? Dan apakah mungkin yang kalah itu pada persepsi rakyat, layak?

Kepada yang menang dalam UMNO tetapi tidak dilantik ke Kabinet atau digugurkan, fikirlah sendiri dimana letak salahnya!

Mungkin ada yang hairan bagaimana anda boleh menang pun?!

Presiden

Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)-Perdana Menteri Malaysia

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi.-Timbalan Perdana Menteri

Naib Presiden

  1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi. (Menteri)
  2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi. (Menteri)
  3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi. (Menteri)

Majlis Tertinggi

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239) Menteri
2. Datuk Noh Omar (2,084) Menteri
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084) Ketua Menteri Sabah
4. Datuk Azian Osman (2,060) Tidak dilantik
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054) Tidak dilantik

6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854) Digugurkan

7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838) Menteri
8. Datuk Lajim Ukin (1,804) Timbalan Menteri
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705) Menteri
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700) Timbalan Menteri
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685) Tidak dilantik
12. Datuk Idris Haron (1,658) Digugurkan
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624) Timbalan Menteri
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622) Tidak dilantik
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619) Timbalan Menteri
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611) Tidak dilantik
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580) Tiada Jawatan
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)Dinaikkan ke Menteri
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518) Timbalan Menteri
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517) Tidak dilantik
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481) Timbalan Menteri
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431) Digugurkan

23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377) Menteri
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275) Tiada Jawatan
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)Tidak dilantik

Mereka yang kalah pertandingan jawatan dalam UMNO tetapi masih mendapat jawatan dalam Kabinet adalah :-

1. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri)
2. Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri)
3. Datuk Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri)
4. Datuk Johari Baharom (Timbalan Menteri)
5. Datuk Hassan Malek (Timbalan Menteri)

Comments

  1. Parti menguasai kerajaan hanya atas dasar penjawat jawatan parti juga memegang jawatan dalam kerajaan. Setakat itu sahaja. Apakah ini benar-benar konsep parti menguasai kerajaan?

    Pada pandangan saya, parti menguasai kerajaan benar-benar berlaku apabila parti (ahli-ahli) menentukan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan. Suara ramai dari parti didengar dan dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan tunduk kepada kehendak dan suara ramai dari parti dan anggotanya.

    Dalam keadaan, ramai penjawat jawatan tinggi parti juga dilantik menganggotai cabang eksekutif kerajaan, adalah sukar untuk parti menguasai kerajaan dalam erti kata di atas kerana akhirnya kerajaan yang menguasai parti. Tingkahlaku dan pendapat ramai parti akan dipengaruhi oleh kerajaan. Parti tidak lagi menjadi efektif dalam menyuarakan hasrat rakyat umum dan anggota parti. Parti menjadi terkongkong dengan kehendak eksekutif kerajaan yang membawa kepada kegagalan parti menyuarakan dan memperjuangkan aspirasi sebenar rakyat.

    Saya berpandangan adalah lebih sesuai jika diramaikan anggota eksekutif kerajaan dari luar lingkaran penjawat jawatan tinggi parti atau dari luar kelompok penggiat politik.

    Secara lansung ini akan mengurangkan in-fighting dan rivalry dalam perebutan jawatan tinggi parti. Aspirants untuk jawatan tinggi dalam parti tidak akan terpesong untuk melakukan perkara-perkara tidak beretika kerana mereka sedia maklum mereka tidak semestinya di'reward' dengan jawatan kerajaan. Ini juga akan memberi kesan kpada keseluruhan struktur parti mahupun di peringkat bahagian dan cawangan. Akhirnya parti akan mendapat keuntungan bila barisan kepimpinan adlah mereka yang benar-benar menawarkan diri untuk berkhidmat dan memperkasakan parti.

    ReplyDelete
  2. Salam Suara Kecil @ Small Talk,

    Pada Aku lah, Parti menguasai Kerajaan sama makna nya Rakyat dan Parti menguasai Kerajaan. Cuma sekarang diberi tekanan dan diperjelaskan peranan rakyat. Kenapa aku kata begitu, ialah begini Tiap PRU rakyat memilih Parti yang diwakili oleh calon Parti nya dan ditunjukan oleh pemimpin saf partinya. Secara komposit bila parti menang ia akan membentuk kerajaan. Ketua parti akan membentuk saf kabinet nya yang memimpin kerajaan, yang dibantu oleh jentera kerajaan. tolak balik ,akan tetap lah juga parti menguasai kerajaan. Apa yang penting sekarang perkataan rakyat di 'highlight' kan.Tak gitu suara kecil.

    2. Yang dilantik, tidak dilantik dan digugorkan ,itu sudah ketentuan ALLAH, Qada dan Qadha. Macam Suara kecil kata " apalah sangat gah nya Jawatan SETPOL, Kalau nak berenti, berenti lah", apa nak di hunaim lagi.

    3. Bagi tetap lah di order ayor kupi sekole, lempeng 2 keping.

    wassallam. M.SEPIAL.

    ReplyDelete
  3. Tuan Mahadett,
    Saya setuju sangat dgn pendapat tuan.Namun ada juga yang tak tahu main politik pernah dilantik ke jawatan kerajaan. Ada yang berjaya ada yang gagal. Kalau rakyat lah yang jadi tali pengukur, mungkin satu hari nanti akan ada individu yg bukan sama parti di letakkan dalam kerajaan? Tapi apa yg terjadi sekarang ini political parties di Malaysia lebih mirip kepada perjuangan kelompok dan periuk nasi. Saya percaya Tuan faham apa yang saya maksudkan...contoh yg nyata adalah ada seseorang itu menubuhkan parti utk dia diberi tempat paling tinggi dalam kerajaan kerana melalui parti yg dianggotainya dulu beliau gagal..
    Pada saya DS Najib cuba merungkaikan masalah persepsi rakyat bila melantik anggota kabinetnya yg baru ini. DSNajib menyatakan secara jelas yg menang dalam parti tiada jaminan utk jawatan dalam kerajaan dan saya setuju benar dgn cara itu. Namun mungkin ada seorang dua yg terlepas tapisan itu dan saya yakin KPI 6 bulan sekali itu akan menyaksikan ada pula yg menerima akibatnya? Saya harapkan itulah yg akan dibuat oleh DSNajib....

    ReplyDelete
  4. Tuan M Sepial,
    Ayer kupi tak minum dek urang dah...
    Urang minum kupi tiam pulak...
    Kalau di Kelumpor kite minum kupibiin
    Di kupibin kite bukak kumputer baca blog...tak ramai anak rawa dong hebat macam kilan !
    Koras kepala kilan?

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir