Skip to main content

Kes 63 juta Ringgit - Apakah tuntutan Seruan Gemilang.


Dokumen yang dipamirkan diatas adalah asas kepada perkiraan tercapainya jumlah RM31 juta yang sekarang ini telah menjadi 63 juta apabila dicampur dengan perkiraan faedah sejak tahun 2000. Ini lah asas tuntutan SG terhadap kerajaan Pahang.


Dokumen tuntutan ini menyebut antara lainnya bahawa Kerajaan Pahang
"Akibat dari kecuaian Defendan Kedua (Pengarah Perhutanan Pahang), Plaintif (SG) telah mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM31,160,295.00"
Perkataan yang digunakan oleh SG dalam tuntutan ini adalah "kerugian yang dianggarkan". Dan yang paling menarik ialah perkataan "bakal diperolehi" dalam mengira tonnage kayu itu!
Ini adalah dengan jelasnya bahawa tuntutan itu adalah anggaran sahaja berasaskan kepada perkiraan jumlah tonnage kayu yang dijangkakan terdapat dalam kawasan yang mereka pohon!
Tonnage kayu mengikut perkiraan SG dalam tuntutannya adalah berjumlah 76,939 tan!!!?
Bagaimana kayu pol, saki baki, dan sisa boleh jadi sebanyak itu? Kita rujuk semula kepada permohonan asal mereka seperti saya lampirkan dalam posting asal kes ini
Seterusnya akan didedahkan bahawa SG sebenarnya bukan menggunakan kawasan asal permohonan mereka tetapi kawasan lain dan plan tanah yang lain. Akan didedahkan juga bahawa pekerja SG sekarang yang bernama Syed itu adalah Settlement Officer (kerjanya berkaitan sukat & ukur tanah) Pejabat Tanah Pekan dahulu telah berhenti kerja dengan kerajaan dan telah diambil bekerja dengan SG.
Plan manakah yang digunakan oleh SG? Dimanakah plan asal dan apa jadi dengan plan asal itu? Bagaimana Kerajaan Pahang boleh kalah kes ini di Mahkamah?
Tunggu posting seterusnya....

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...