Skip to main content

Duit Gosok


Ada orang gosok duit pakai seterika. Konon katanya duit banyak kuman.

Tahun 80'an dulu saya pernah bela seorang anggota penguatkuasa yang dituduh mengambil duit dari pesalah trafik. Mengikut cerita yang dia beri kepada saya, semua duit yang dia kutip dalam "operasi"nya, dia pergi tukar di restoran Cina dulu. Dengan cara itu, mengikutnya kalau duit yang dia kutip itu adalah duit yang diperangkap oleh ACA (belum ada SPRM lagi masa itu), pasti tak dapat bukti.

Tapi pada hari kejadian itu nasib dia malang, dia terkutip duit dari pegawai ACA!

Semasa kes itu dibicara di mahkamah, duit itu dijadikan exhibit. Kesemuanya 4 keping duit 10 ringgit macam yang dalam gambar diatas.

Bila saya soal si pegawai ACA itu kenapa 4 keping sahaja, dia jawab "mulanya OKT minta 50 ringgit, tapi saya tawar 40 ringgit. Itu sebabnya ada 4 keping sahaja".

Saya tanya lagi, "Adakah awak kenal dan boleh cam duit yang awak beri kepada OKT?" Dia jawab "Ya, saya kenal dan boleh cam". Saya minta dia berikan nombor siri 4 keping duit itu. Dia jawab "Saya tak ingat tuan". Saya tanya lagi, "Apa yang awak ingat?". Dia jawab, "Tuan, saya ingat saya ada gosok duit itu dengan seterika". Semua dalam mahkamah tergelak termasuk hakim pun.
Saya tanya dia "Kenapa awak gosok duit itu?" Dia jawab "Tuan, itu hobi saya".
To cut the story short, anak guam saya itu akhirnya "dilepas dan dibebaskan" sebab exhibit 4 keping duit 10 ringgit itu tiada kesan kena gosok pun. Maknanya tiada bukti kena gosok dengan seterika.

Dua tahun yang lepas saya jumpa semula dengan si pegawai ACA itu yang sudah pun pencen. Kami bercerita semula tentang kes dulu. Akhirnya si pegawai ACA itu kata, duit 4 keping itu sebenarnya dia tak gosok. Tak sempat nak gosok sebab sebelum dia beri kepada OKT itu, dia tukar di restoran Cina juga. Sebelum dari kejadian itu dia pun kutip 50 ringgit dari orang lain dalam note 50. Bila tukar di restoran Cina itu dia minta note 10 ringgit 5 keping. Itu sebabnya dia minta kurang 40 ringgit dari OKT dan dia pun nak 10 ringgit!

Comments

  1. Tuan,

    Kat Melaka yang kuat gosok duit nie, orang Ali Rustam, sebab nak confirmkan semasa beri rasuah, duitnya semua cantik macam Ali, tu pasal kena cekup dik Badan DISIPLIN umno.

    Bila lah si ALI tu nan berhenti, orang Melaka dah malu, ALI sekarang ibarat ELI-PKR, LIABILITY untuk UMNO. WHAT SAY YOU?

    ReplyDelete
  2. Dear Dato',

    Duit saya tak sempat nak gosok..keluar mengalir macam air...hahah

    ReplyDelete
  3. Dear Ida,
    Nasib baik keluar macam air je....kalau macam peluru...
    Duit ni urang rawa kata daki dunia...bukan boleh bawak mati...???

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...