Skip to main content

Kesalahan menghina parti

Kalau betul mahu gunakan Tataetika, ambillah tindakan kepada mereka-mereka yang dinyatakan di dalam laporan akhbar ini. Gunakan PERKARA 7 (Mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang prosiding parti dengan menuduh keputusan tidak adil. Kesalahan menghina parti!)



Oleh amran muluputusanmelaka@utusan.com.my
MELAKA 17 Mac - Seluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.
Mereka menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin tidak adil dan berat sebelah sehingga menutup peluang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Mereka turut mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin hanya memberi amaran kepada Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sedangkan Ahli Parlimen Rembau itu turut melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, keputusan itu amat mengejutkan dan mengecewakan penyokong-penyokong Mohd. Ali bukan sahaja di Melaka tetapi juga di beberapa negeri lain.
Menurut beliau, Lembaga Disiplin parti sepatutnya merujuk terlebih dahulu keputusan yang hendak dibuat kepada Majlis Tertinggi (MT) sebelum membuat pengumuman.
''Hukuman itu sepatutnya mengambil kira kepentingan politik kerana ia boleh mengundang pelbagai reaksi serta menjejaskan keyakinan ahli pada parti.
''Apa pun saya yakin Mohd. Ali akan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan turut mempersoalkan perkara yang sama dan melihat keputusan itu sebagai tidak adil.
''Adakah wujud ketelusan pada Lembaga Disiplin UMNO? Adakah benar siasatan telus dan jujur dilakukan ke atas Mohd. Ali dengan tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu?
''Kenapa hanya di saat-saat akhir sebelum pemilihan parti barulah pihak Lembaga Disiplin hendak buat keputusan? Saya benar-benar terkilan dengan keputusan ini," katanya.
Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan juga mempertikaikan keputusan tersebut yang disifatkan berat sebelah.
''Ada pihak melakukan kesalahan yang sama tetapi sekadar diberikan amaran tetapi bagi Mohd. Ali pula beliau dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden," katanya.
Bendahari UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Akbar Ali berkata, pada masa ini kewibawaan, integriti, ketelusan, keadilan dan kemampuan Lembaga Disiplin parti boleh dipertikaikan.
''Keputusan hari ini dipertikaikan. Ia dilihat seolah-olah kurang sihat dan perlu diperbetulkan segera, jika tidak ia akan memberi kesan pada pemilihan parti hujung bulan ini," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...