Skip to main content

Kalau tak usul periksa...padah menimpa!

LAWS OF MALAYSIA

REPRINT

Act 574

PENAL CODE

Incorporating all amendments up to 1 January 2006

Defamation

499. Whoever, by words either spoken or intended to be read or by signs, or by visible representations, makes or publishes any imputation concerning any person, intending to harm, or knowing or having reason to believe that such imputation will harm the reputation of such person, is said, except in the cases hereinafter excepted, to defame that person.

Punishment for defamation

500. Whoever defames another shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.


Kalau tidak usul periksa dan kita tulis sesuatu posting yang menfitnah orang lain, undang-undang yang disebutkan diatas boleh dikenakan terhadap kita. Eksklusif: Amaran Oleh Lembaga Displin Parti, Tiga ADUN BN/UMNO Parlimen Paya Besar Buat Laporan Polis Terhadap Pahang Daily Online !!. Kalau jawapan kepada perbuatan fitnah itu kononnya ia dari sumber pihak ketiga seperti yang disebut oleh blog itu "Pihak kami amat terkejut dengan tindakan berkenaan, sedangkan segala laporan itu adalah dipetik daripada kenyataan Ketua Bahagian terbabit sendiri iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, Ahmad Tajuddin ada mengatakan bahawa kesemua pemimpin terbabit terlibat dalam politik wang yang didalangi oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob.", kesalahan fitnah itu seperti sudah diakui. Tajuddin tidak sedikit pun sebut mengenai politik wang oleh wakil rakyat yang terlibat. Lihat dokumen kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Tajuddin.

Lihat pula apa yang tercatit dalam laporan polis oleh Zahari Mamat

Jangan salahkan sesiapa kalau kita buat tindakan yang tidak usul periksa dan kita dikenakan tindakan undang-undang...

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...