Skip to main content

UMNO's Life Span

Kalau ikut hukum manusia, sesuatu perkara itu ada jangka hayatnya. Dalam bahasa inggeris selalu disebut Life Span atau Life Expectancy. Untuk mengetahui life expectancy mengikut negara boleh layari http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_life_expectancy. Kalau mengikut kepada kajian itu, di Malaysia secara kesuluruhannya manusia dijangka akan hidup selama 72.76 tahun. Bagi Lelaki selama 70.05 tahun dan Perempuan selama 75.65 tahun.
Adakah UMNO dan lain-lain parti politik ada life span juga? Sudah tentu. Tiada yang kekal didalam dunia ini melainkan Allah!
Kerajaan Melayu Melaka hanya mampu bertahan selama lebih kurang 120 tahun. Soviet Union hanya mampu bertahan selama lebih kurang 70 tahun sebelum diganti oleh Russia sekarang ini. Begitu juga kalau dikaji tamadun lain didunia ini. Sampai satu ketika ianya akan mati atau tamat life spannya.
UMNO sudah 62 tahun. Kalau disamakan dengan manusia yang dijangka hidup selama 72.76 tahun, UMNO ada 10 tahun lebih sikit untuk hidup. Apakah cara untuk kita panjangkan umur UMNO? Kalau manusia dan kalau ikut cara Tun Dr. Mahathir, untuk panjangkan umur, mesti amalkan cara hidup sihat.
Manusia - jangan hisap rokok
UMNO - jangan hisap darah/rasuah /kronisme /nepotisme /tamak haloba /hasad dengki
Manusia - buang toksin dalam badan/ bersenam selalu
UMNO - buang pemimpin yang tak berguna yang hampas hampuras
Kepada semua pemimpin UMNO, saya hanya mahu kata, janganlah mempercepatkan kematian UMNO. Kematian itu adalah pasti. Ajal maut itu ditangan Tuhan. Tapi biar lah mati itu dalam keadaan mudah dan tenang serta penuh keimanan! Bak kata P. Ramlee....mati dalam iman!

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...