Skip to main content

Dilambong tak pocah! Torompeh endo jamin!

Pahang adalah negeri yang paling banyak loghat. Tiap-tiap daerah dalam negeri Pahang, loghat percakapannya berlainan. Malah ada juga kampung dalam daerah yang sama mempunyai loghat yang lain. Mungkin agaknya kerana asal usul penduduk awal kampung itu. Bagi mereka yang berasal dari Raub, kepelbagaian loghat adalah satu perkara yang amat biasa. Diantara orang Dong dengan orang Gali, loghat mereka pun sudah berbeza. Padahal Dong dengan Gali hanya 3 kilometer saja jarak diantara satu sama lain.

Berbagai loghat lagi apabila Dong dan Gali jadi Kuala dan Ulu yakni Kuala Dong dan Kuala Gali serta Ulu Dong dan Ulu Gali. Loghat itu bertambah unik bila Sega, Atuk, Batu Talam dan Batu Malim diambil kira. Itu pun belum lagi diambil kira orang dari keturunan Rao (Rawa), Kampar, Minangkabau dan lain-lain.

"Dilambong tak pocah, terompeh endo jamin", itu lah teriakan sipenjual pinggan mangkok di Pekan Rabu Dong zaman dulu-dulu. Memang si mamat itu lambong pinggan mangkuk tu keatas. Memang lah tak pecah. Mana ada pinggan mangkuk pecah kalau hanya dilambong. Kalau terhempas keatas tanah, tidak dijamin! Maksudnya pecah la tu!
Orang Minangkabau bila ditanya apa kerja dia, ada yang jawab "kerja guyang kaki". Jangan salah faham. Maksudnya dia si tukang jahit.
Orang Rao yang di zaman dulu menjadi askar upahan memang tergulung dalam kaum yang keras hati, cekal dan berani. Kalau orang Rao kata "inda ku podah". Jangan lah dipujuk lagi. Sampai mati pun dia dah tak nak! Tapi kalau setakat dia cakap "tak ku bahawa" atau "tak terliur", masih boleh lagi dipujuk.
Kata-kata loghat Raub ini lah yang akan diterima oleh UMNO kalau masih lagi tidak mahu berubah. Rasuah sudah menjadi-jadi. Jawatan dalam parti telah dijadikan harta mak bapak datuk nenek mereka punya. Tidak boleh dipertandingkan. Ketua tidak boleh dilawan. Incumbent tidak boleh dilawan. Orang yang cerdik pandai ditolak jauh-jauh. Pada mereka UMNO itu mesti dipegang oleh orang-orang dan kuncu-kuncu mereka sahaja. Kalau boleh mereka nak kata UMNO tu bapak aku punya!
Dilambong UMNO memang tak pocah, terompeh ke tanah endo jamin!
Orang UMNO tak payah buat kerja lain. Guyang kaki je lah! Satu hari nanti orang akan kata pada UMNO..."Inda ku podah!...Tak aku bahawa!...Tak aku terliur!..
Itu jam baru padan muka!

Comments

  1. Kupasan yang menarik. Teringat sewaktuzaman berada di pulau tawar. sememangnya unik bahasa pahang ini. harapannya semoga umno dan para ahli tak lah seunik bahasa pahang. walaupun berlainan negeri dan loghat harap harap pahamlah kehendak akar umbi.

    ReplyDelete
  2. orang pekan akan cakap...poh palehh..awok. makna nya, hebat awak punya kupasan. unfortunately brother, this is what is happening to UMNO. its self inflicted. tok nenek punya harta benda.
    best regards/ariff

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,

    This is an interesting entry (not the political bit but the Rawa bit)

    I came across an article yang menerangkan mengapa orang Rawa ini sangat dibenci oleh ethnik2 lain.Sebab mereka monopoli perdagangan dan amat berjaya.So I'm curious to that bit about them being askar upahan.Askar upahan atau pedagang? Tapi mereka ni superbeings.Semua dia boleh buat: berperang pun handal, berniaga pun terror dan ahli agama pun dia juga.

    Article yang saya baca tu mengatakan punyalah bencinya ethnik lain terhadap orang Rawa ini sehingga bila mereka kalah dalam satu peperangan, sejarah mereka pun dilenyapkan.Itu sebab sukar sangat kita nak dapat bahan sejarah Rawa ini.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Dear Faridah,
    Orang Rao atau disebut "raawo" ramai di Raub & di Gopeng Perak. Zaman dulu orang2 Rao yang di Raub itu diupah oleh Tengku Kudin Selangor untuk menjadi askar berperang di Selangor. Ada juga cerita yang musuh Tengku Kudin pun mengupah orang Rao juga. Apabila askar Rao itu bertemu mereka enggan berperang sesama Rao. Agaknya itu lah sebab Selangor jadi aman!
    Orang Rao yg saya kenal memanglah handal2 belaka. Mereka adalah juga orang alim ugama, guru silat dan juga pawang.
    Ada juga orang Rao yg "jahat" dlm erti kata mereka itu adalah penentang British seperti Tok Bahaman.
    Wallahualam.
    p/s Check with www.jaro.com.my

    ReplyDelete
  5. Bagi yang berminat on the topic, this might help:

    The Rawa War of 1848

    Thomas Braddell in his note on the history of Negeri Sembilan enclosed
    with SS Despatch to the CO dated 29th December 1874, reveals the
    involvement of the Rawa (Rao) and Mandailing in the Rawa War of 1848. The
    latter were in Sungai Ujong (Seremban today) following the wake of the
    Padri War (1816-1833).

    " The Rawa disturbances in 1848 are of sufficient importance to justify a
    few words giving an account of another and a most serious misfortune to
    the Sungai Ujong mine.

    " The Rawa are an adventurous people with a strong turn for trade, living
    to the north east of the Pagarooyong (Menangkabowe) district, in the
    middle of Sumatra. They have long been in the habit of trading to the
    Peninsula, and have established Colonies in several places, the most
    important of which was at Pahang, where they almost monopolized the trade.
    The superiority of these people over the ordinary Malay give rise to
    jealousies which require them to be on their guard, and to combine for
    mutual protection, so that when any of the tribe are injured the rest are
    bound to assist in protecting them, a feature in their character which
    adds to the dislike of them entertained by the Malays; but being like the
    Chinese, good colonists, they are allowed to remain in the Malay
    countries.

    " Causes of. - A number of the tribe had settled in Sungei Ujong, and were
    getting the chief portion of the local trade in their hands where three of
    them were put to death by the Klana for an alleged offence. The justice of
    the execution was denied by the trio, and they determined to exact
    vengeance. Assistance was sent for to Pahang, their head quarters, and
    open war was declared. This was said to have been the pretext for the war,
    but the truth probably was, that the many differences and jealousies
    between the two races had brought matters to such a state that it required
    very little to bring on a war.

    " Result of. - The Rawa proved their individual superiority over the
    Malays during the war. But being few in numbers and distant from their
    resources they were at last obliged to retire; and they have not since
    been allowed to return to the country. The Rawas who are now in Sungei
    Ujong are said to be Tamoosai Rawas, and do not mix with the others, Rawa
    Ulu (or up country Rawas); in fact the Tamoosais sided with the Klana."

    Here in this passage we have the first mention of the presence of the
    "Tamoosai" in the Peninsula in the second quarter of the 19th century.
    There were probably two groups of people from Rao - the Mandailings and
    the Rao. Rao is the frontier country between Minangkabau and Mandailing.
    The Rao or "orang Rawa" as they are known in the Peninsula and in East
    Sumatra. The "Tamoosai Rawas" were Rawa from Tambusai, while Rawa Ulu (or
    up country Rawas) were probably Mandailing, whose homeland was to the
    north of Rao. Of course, this does not discount the Tambusai's presence, a
    distinct group in themselves.

    The Mandailing involvement in the "Sungei Ujong" affair was confirmed by
    J.C. Pasqual who wrote about the episode in 1930s based on an account from
    "Raja Allang ibni Raja Brayun, who was a Forest ranger of the Ulu Langat
    district in the late 'eighties (1880's)". He implied that the Mandailings
    were not on the side of Dato' Klana but against him.

    " At this time Raja Brayun, a Mendeleng from Sumatra, invaded Sungei Ujong
    and attacked Datoh Klana Sendeng, because a friend of Raja Brayun was
    murdered and Datoh Klana Sendeng refused to pay the blood money of $400
    according to 'adat' Malayu. On the side of Raja Brayun there was Panglima
    Garang and Panglima Si Gara, both 'invulnerable' and fierce warriors,
    besides 500 fighting men. But he was defeated although he had bribed one
    of Datoh Klana Sendeng's men with $3,000 to burn the granaries and blow up
    a powder magazine. Raja Brayun then retired to Recko, a village on the
    Langat river a short distance upstream from Kajang, and invited Raja
    Abdulsamad to live with him. He built a stockade at Recko and had a large
    force of fighting men who lived by robbery and raiding Sakais to sell them
    into slavery."

    Mandailings as well as Rawas raided Orang Asli and sold them into slavery.
    This is not to say that historically all Mandailings and Rawas were a
    party to this. Other Mandailings were also noted in British records as
    having employed Orang Asli.


    =========================
    A book _Raja Bilah and the Mandailings in Perak, 1875-1911_ by
    Abdur-Razzaq Lubis & Khoo Salma Nasution might have some information too.

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir