Skip to main content

Gila Nak Jadi PM

Ramai yang bertanya apakah ancaman yang paling besar kepada Negara sekarang ini?

Saya jawab – Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada keselamatan, ekonomi dan keharmonian Negara.
Kegilaan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah sebab kepada semua masalah yang kita hadapi sekarang.
Anwar Ibrahim sanggup buat apa sahaja asalkan dia jadi Perdana Menteri. Dia sanggup bazirkan wang rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Isteri beliau Wan Azizah sanggup letak jawatan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh pengundi Permatang Pauh pada PRU 12 yang lalu, semata-mata untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding pula.
Bayangkan betapa banyak wang yang akan dibazirkan. SPR terpaksa menjalankan proses Pilihanraya Kecil dan kita semua tahu betapa banyak perbelanjaan yang diperlukan. Berjuta-juta ringgit wang rakyat terpaksa dibelanjakan.
Mungkin mencecah 50 juta ringgit, mungkin lebih lagi. Bayangkan pula berapa wang yang akan dibelanjakan oleh parti-parti yang akan bertanding. Jutaan ringgit akan dibazirkan…semata-mata kerana Anwar Ibrahim mahu menjadi Ahli Parlimen dan Perdana Menteri!
Alangkah eloknya wang itu disalurkan kepada membantu rakyat! Anwar Ibrahim kata dia berjuang untuk rakyat. Adakah dengan membazirkan wang rakyat ini membantu rakyat?
Dimana kebenaran kata-kata Anwar Ibrahim tentang berjimat untuk menambah subsidi minyak? Apa sudah jadi dengan laungannya tentang ketirisan dan pembaziran?
Adakah dengan mengadakan Pilihanraya Kecil itu nanti dan kalau Anwar Ibrahim menang, Malaysia akan bertambah baik? Adakah rakyat akan puas hati? Adakah Anwar Ibrahim akan menurunkan harga minyak? Sebagai pembangkang wa’ima Ketua Pembangkang sekali pun, bolehkah Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak dengan serta merta? Kononnya Anwar akan turunkan harga minyak sebanyak 70 sen menjadi RM2.00 sahaja.
Anwar, melalui partinya PKR berjanji bermacam-macam perkara sebelum PRU 12 dahulu. Sekarang PKR memerintah Selangor. Adakah mereka menunaikan janji mereka di Selangor? Semua janji tinggal janji! Masihkah rakyat akan percaya?
Dalam obsessinya untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar sanggup berbuat apa saja. Dia sanggup dapatkan sokongan Yahudi Amerika asalkan matlamatnya tercapai. Terbaharu Al-Gore bekas Naib Presiden Amerika yang juga kawan Anwar telah mempersoalkan system undang-undang Malaysia. Tuduhan liwat Anwar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah dipersoalkan.
Siapa Al-Gore untuk mempersoalkan undang-undang Malaysia. Malaysia ada undang-undang sendiri dan Malaysia adalah sebuah Negara sovereign. Adakah Amerika yang dulunya diperintah oleh Al-Gore juga lebih sovereign daripada Malaysia?
Tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu proses undang-undang yang sah. Anwar masih tidak bersalah kecuali kalau nanti diputuskan oleh mahkamah. Innocent until proven guilty. Peguam Anwar telah mula memuji Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar sebutan kes Anwar. Hakim adalah adil bila Hakim itu memberikan “kemenangan” kepada kehendak Anwar. Bila Hakim benarkan jamin melalui jaminan peribadi kepada Anwar, Hakim itu adil. Kalau Hakim itu tidak benarkan jamin, pasti mereka akan kata Hakim itu tidak adil. Pada mereka istilah ADIL itu adalah apabila ianya berpihak kepada mereka. Kalau berpihak kepada lawan mereka…TIDAK ADIL!
Undang-undang liwat adalah sesuatu yang telah established didalam undang-undang jenayah di Malaysia. Anwar menyatakan bahawa Saiful yang menjadi pengadu dalam kes itu perlu juga dituduh. Ini kerana Saiful “consented to the crime of the alleged sodomy”. Ini adalah sandiwara yang akan dimainkan oleh Anwar. Mallal on the Law of Crime jelas menyatakan bahawa walaupun sodomy itu dilakukan secara sukarela, pihak yang diliwat itu tidak semestinya dituduh di Mahkamah. Dia mungkin seorang accomplice dan mahkamah boleh menilai keterangan yang akan diberikan oleh accomplice.
Tujuan Anwar membangkit soal ini semata-mata untuk menarik perhatian dunia. Di negara barat perbuatan liwat yang dilakukan oleh two consenting adults bukannya satu kesalahan. Anwar mahu memutarbelitkan peruntukan undang-undang Malaysia dengan undang-undang barat. Anwar mahu simpati negara barat. Itulah tujuannya.
Tuduhan liwat terhadap Anwar dibuat sama masa dengan pengumuman tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh. Kata Anwar itu satu perbuatan jahat kerajaan untuk menghalangnya menang dan satu konspirasi.
Syabas kepada Pejabat Peguam Negara! Apabila Anwar sudah dituduh di Mahkamah, tiada sesiapa pun boleh membuat apa-apa komen tentang kes yang sedang pending di Mahkamah. Ianya menjadi SUB JUDICE! Baik Anwar atau PKR atau Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional tidak boleh sentuh kes liwat Anwar semasa berkempen di Permatang Pauh. Biarkan proses undang-undang Malaysia berjalan dengan licin. Let the due process of law takes it place!
Apakah yang boleh dijanjikan Anwar semasa Pilihanraya Kecil itu nanti? Jawapannya …TIADA apa yang lain melainkan kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia!
Tanpa kegilaan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, Malaysia adalah aman damai. Apakah jaminan kepada rakyat Malaysia kalau Anwar Ibrahim jadi PM? Adakah Malaysia akan lebih baik dari keadaan sekarang? Anwar pernah jadi TPM. Apakah yang beliau telah buat?
Jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis Anwar!

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir