Skip to main content

Timbalan Menteri Besar atau Timbalan Kepada Menteri Besar?

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang atau "The Laws of the Constitution of Pahang" adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan atau "The Federal Constitution".

Perkataan Constitution membawa erti seperti berikut melalui carian dalam laman :http://www.merriam-webster.com/dictionary/constitution-
1: an established law or custom : ordinance
2 a: the physical makeup of the individual especially with respect to the health, strength, and appearance of the body
b: the structure, composition, physical makeup, or nature of something
3: the act of establishing, making, or setting up
4: the mode in which a state or society is organized; especially : the manner in which sovereign power is distributed
5 a: the basic principles and laws of a nation, state, or social group that determine the powers and duties of the government and guarantee certain rights to the people in it
b: a written instrument embodying the rules of a political or social organization

Definasi "the basic principles and laws of a nation, state, or social group that determine the powers and duties of the government and guarantee certain rights to the people in it" adalah yang paling tepat untuk dijadikan rujukan dan panduan.

Bahagian II (Bab I - Pemerintahan) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dengan jelas menyatakan inter alia seperti berikut :-
  • Kuasa pemerintahan Negeri adalah terletak kepada Raja Pemerintah tetapi tugas-tugas pemerintahan dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang lain
  • Raja Pemerintah melantik Menteri Besar (MB) yang mesti berbangsa Melayu dan berugama Islam
  • Raja Pemerintah menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) setelah melantik Menteri Besar dan atas nasihat Menteri Besar itu melantik Ahli-Ahli MMK yang mesti menjadi Ahli Dewan Negeri
  • Ahli MMK mesti tidak lebih daripada 10 orang dan tidak kurang daripada 4 orang dan korum bagi MMK adalah 4 orang tidak termasuk ahli yang mengetuakan mesyuarat itu.

Undang-Undang Tubuh tidak menyebut mengenai jawatan Timbalan Menteri Besar. Begitu juga dengan Perlembagaan Persekutuan. Tiada disebut mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pahang biasanya melantik Timbalan Kepada Menteri Besar dan bukannya Timbalan Menteri Besar.

Bagi penggal 2008 ini Timbalan Kepada Menteri Besar tidak dilantik dan Ahli MMK hanya seramai 8 orang sahaja.

Sekarang ini timbul pula gesaan dari beberapa pihak meminta supaya jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang diwujudkan semula atas alasan untuk membantu tugas-tugas serta tanggungjawab Menteri Besar dan menjadi Wakil kepada Menteri Besar untuk menarik pelaburan asing ke Negeri Pahang.

Alasan-alasan yang diberikan untuk mengadakan jawatan Timbalan Menteri Besar itu adalah tidak kukuh kerana kesemua Ahli MMK adalah bertanggungjawab untuk membantu dan menjadi Wakil kepada Menteri Besar dalam semua aspek dan tugas.

Sejarah telah menunjukkan bahawa belum ada Timbalan Menteri Besar Pahang yang menjadi Menteri Besar. Eloklah terus dikekalkan keadaan sekarang iaitu tanpa ada Timbalan Menteri Besar dan mematuhi peruntukan-peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Comments

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...