Skip to main content

Sang Kelembai Moden

(Zaharin: ‘I will still criticise Pak Lah if I have proof of misdeeds’)

Dulu semasa kecil selalu kita mendengar cerita Sang Kelembai. Cerita dongeng dan rekaan semata-mata untuk melelapkan mata. Paling takut kalau disumpah Sang Kelembai.

Semalam 10hb April 2008 suratkhabar The Star melaporkan Sang Kelembai cium tangan Abdullah Hj Ahmad (Sang Kelembai kata dalam IC tiada Badawi. Bila masa dia tengok IC PM) PM Malaysia. Tidak dapat diketahui samada Sang Kelembai terkena sumpahan Pak Lah atau Pak Lah yang kena sumpahan Sang Kelembai. Bak kata P. Ramlee "Kita tengok siapa yang kena...."

Bagi yang kenal Sang Kelembai, beliau seorang yang "colourful" dan bab bela kawan Sang Kelembai lah yang hebat. Bab hentam kawan pun beliau hebat. Sang Kelembai kata dia kenal Pak Lah sejak zaman belia lagi tapi hentam tetap hentam. Adakah Sang Kelembai pejuang UMNO tulen? Berapa ramaikah ahli UMNO yang seberani Sang Kelembai? Tegur depan-depan, maki hamun depan-depan dan tidak menjadi "rumah siap pahat berbunyi"? Sang Kelembai sudah lama bangkitkan perkara yang sekarang ini baru disedari oleh orang UMNO. Bak kata Sang Kelembai..."Orang UMNO kena fikir ayam boleh bertelur lagi tidak dan telur boleh tidak menetas menjadi ayam dari memikirkan antara ayam dengan telur siapa keluar dulu".


Ini jawapan Sang Kelambai bila ditanya kenapa dia cium dan peluk Pak Lah...

"Sang Kelembai: Ramai buat tafsiran mengikut andaian diri mereka bila Sang Kelembai bersalam, mencium tangan, berpeluk dan memohon maaf dengan Abdullah Hj Ahmad, jika bersalam, mencium tangan dan berpeluk menjadi salah atau haram dalam konteks Islam, Sang Kelembai kena cari agama lain yang boleh menghalalkannya. Lagi pun Abdullah Hj Ahmad itu berkawan dengan Sang Kelembai dalam zaman belia lagi. Dan jika ada orang bertanya, apa yang di mohon maaf, walau pun tidak ada siapa pula yang bertanya, yang dimohonkan maaf itu apa? Jawapan nya mungkin Sang Kelembai antara penyumbang kekalahan UMNO/Barisan Nasional. Ini memberi pengertian walau pun yang bersalah itu Abdullah Hj Ahmad kerana menyingkirkan Sang Kelembai dalam UMNO, biarlah Sang Kelembai umpama menikam tanpa pisau kepada Abdullah Hj Ahmad tetapi dengan tiba-tiba darah sahaja yang kelihatan.
Kenapa tidak di ambil iktibar macam mana Yasser Arafat bila bertemu Yizhak Rabin walau mereka bermusuh tetapi tetap berpeluk dan bercium pipi bila berjumpa atau memulakan mesyuarat, adakah Yasser Arafat berhenti melawan dan serangan atau menggadaikan Palestine kepada Israel?
Bagaimana pun Sang Kelembai tetap berterima kasih kepada SMS, email, dan blog-blog yang menulis peristiwa itu, dan pesanan suara yang mana sesungguhnya menghiburkan. Nasihat Sang Kelembai, berhentilah kita orang-orang Melayu membincangkan perkara yang konvensional seperti dari memikirkan siapa dulu yang keluar, ayam atau telur? Bukankah lebih baik kita berfikir nilai tambah secara kontemporari, ia itu memikirkan boleh tidak ayam terus mengeluarkan telur dan telor boleh tidak menetaskan anak ayam lagi.
Begitu juga kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara, janganlah salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri, dan jangan garang tak bertempat khas nak ditujukan Abdullah Hj Ahmad yang sudah seperti "orang tiga serender" kata orang kampung. Buat macam Sang Kelembai melawan semasa “Saya Perdana Menteri” yang punya 2/3 Majoriti dalam Parlimen dan terlalu kuat dalam masa semua orang mempertahankannya dan berebut-rebut hendak mencium tangannya. Tetapi hari ini Sang Kelembai tengok lagak orang UMNO macam kura-kura, bila pokok kelapa sudah condong semua nak panjat. Mana maruahnya!!!."


Kepada Sang Kelembai kita berharap jangan lah bertukar menjadi orang lain. Kalau dia berkata kepada The Star dia akan terus "criticise Pak Lah kalau ada proof of misdeeds", Small Talk akan juga pantau Sang Kelembai. Betul ke dia dibayar RM10 selepas PRU 12 untuk cium tangan Pak Lah dan RM 1 juta sebelum PRU 12.....hahaha. Sang Kelembai baik cakap betul-betul...kita tengok siapa yang kena.....

Comments

Popular posts from this blog

Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon...

Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon. Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah. Itu betul. Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah. Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya. Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan. Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara. Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sah

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir