Skip to main content

Ex gratia payment

Mengikut apa yang didefinasikan oleh kamus merriam-webster.com, EX GRATIA bererti "as a favour : not compelled by legal right" atau dalam bahasa mudahnya sesuatu yang dibuat tanpa sebarang tanggungan yang dikenakan oleh undang-undang atau peraturan. Sesuatu yang dibuat secara sukarela.
Bagi seorang peguam, tawaran untuk sesuatu bayaran ex gratia ini selalunya dibuat secara "tanpa prajudis" dan "without admission of any liability". Selalunya bayaran ex gratia ini dibuat didalam kes-kes kemalangan jalanraya yang mana tidak dapat dipastikan pihak manakah yang bersalah menyebabkan kemalangan itu ataupun oleh syarikat insurans kepada kes langgar lari yang tidak dapat dikenalpasti siapa yang bersalah.
Atas prinsip yang dihuraikan, bayaran yang dibuat kepada 6 orang hakim yang "teraniaya" pada 1988 itu adalah tanpa mengambilkira siapa yang bersalah dan adalah diatas dasar kasihan semata-mata. Adakah kerana kasihan atau kesian? Tun Salleh Abas secara terang-terangan menentang kerajaan BN selepas sahaja dipecat dengan bertanding atas tiket pembangkang. Pernah menjadi EXCO kerajaan Pas Terengganu. Lima hakim yang lain tidak aktif secara terang dalam politik. Apapun yang kita fikirkan, selepas tahun 1988, Malaysia menghadapi pilihanraya umum pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008. Tiada pun kedengaran bahawa antara sebab kalah kerusi di sana sini adalah berpunca kepada pemecatan hakim-hakim itu. Kenapa agaknya tiba-tiba sahaja pada tahun 2008 ini terfikir dan terlintas untuk kasihan atau kesian kepada mereka?
Kalau hendak kesian, kesianlah yang betul-betul perlukan kasih dan kasihan. Kita harap jangan pula kita menjadi batu loncatan dan bahan belasahan pihak-pihak yang ada kepentingan peribadi.
Bar Council yang sepatutnya menjaga hal ehwal dan pendaftaran serta tatatertib ahli-ahli sudah menjadi kumpulan desak yang lebih lantang dari parti politik. Adakah ini gara-gara de facto minister of law pernah menjadi orang kuat Bar Council?

Comments

  1. Most of blog surfers or internet surfers for that matter are from the younger generation and hence, most of us don't really know about what had lead to all these issues. Mind sheding some light for us. TQ

    ReplyDelete
  2. Hello Shamsuddin

    You may or may not remember me!
    I checked out your blog after I read a comment from you on chedet.com. Your name looked familiar and upon checking out your details I am quite certain that we were classmates before at Sekolah Menengah Sulaiman Bentong. I did Engineering at UM in the same period as you. I worked and lived in Kuantan from 1991 - 2000.

    I thot I will say hello to a former classmate !
    Just in case, I got the wrong person accept my apologies

    Yunus Sajjad Hussain
    Seremban

    ReplyDelete
  3. Dear Yunus Sajjad Hussain,

    Of course I remember you. We are organising a reunion of SMS 1971-1976 soon.

    Salam

    ReplyDelete

Post a Comment

No comment moderation but need to know who is commenting. Please let us know who you are. Keep it as professional as possible. Didn't we agree to disagree? Regards and best wishes.(DSN)

Popular posts from this blog

Setiausaha Politik selama 18 tahun (2000-2018)

Apabila YB Dato' Adnan Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, beliau telefon saya bertanya samada saya hendak tak datang ke Kuantan bekerja dengan dia. "Sam, Long ingat elok awak berubah angin. Mari datang Kuantan kerja dengan Long". Begitu lah kata-kata beliau. Kebetulan tahun 1999 itu saya kurang betul menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai lawyer. Anak saya baru meninggal pada 20hb August 1998. Dato' Adnan dilantik sebagai MB pada 25hb Mei 1999. "Come lah work with me. We see how I can place you in the MB's Office" Begitu lah Long Nan beritahu saya. "Boleh lah Long. Setahun dua boleh kot. I like myself more as lawyer, Long...." "OK...mari lah setahun dua" Itu jawab Dato' Adnan. "Tapi Long tak boleh lah bagi awak gaji besar Sam...." Sambung Dato' Adnan. "Kita tengok lah mana yang sesuai". Tambah beliau. Pada mulanya sejak bulan Mei 1999 itu saya hanya berulang alik KL-Kuantan. Tujuan...

Lawyer setengah lepas enam/ Half past six?

Ada lawyer yang true blue, well cooked and clever. Ada yang opposite dari yang disebut itu. Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya! Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya. Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud! Itu pun susah nak faham ke? Jangan lah jadi loyar buruk . Half past six !

SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA MESTI DIPUTIHKAN.

PEGUAM NEGARA (ATTORNEY GENERAL) DAN PENDAKWARAYA (PUBLIC PROSECUTOR) SEJARAH HITAM PELANTIKAN MOHAN YANG MESTI DIPUTIHKAN. 1. Jawatan Peguam Negara adalah lantikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 2. Peguam Negara adalah Peguam kepada Negara dan bertanggungjawab menasihati Agong, Jemaah Menteri dan Menteri dalam hal ehwal Undang-Undang. 3. Peguam Negara adalah juga seorang Pendakwaraya yang mengikut budibicaranya boleh memulakan, membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan jenayah. Untuk tugas ini dia dipanggil Public Prosecutor. Namun begitu tugas itu tidak termasuk proceeding di mahkamah Syariah, mahkamah Native atau mahkamah tentera. 4. Jawatan itu adalah atas perkenan Agong dan dia boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa. 5. Peguam Negara boleh menentukan mahkamah mana apa-apa proceeding jenayah hendak dijalankan dan boleh juga pindahkan proceeding jenayah ke mahkamah yang dia fikir...