Skip to main content

Posts

Fikir dulu sebelum cakap!

UPDATE : @ 11.28 pm. Ini versi yang di keluarkan oleh BERNAMA . Kalau begitu bagus lah. Kadang-kadang mungkin reporter itu salah dengar! Harap dapat dibaca laporan dari Bernama itu. ------------------------------------------------------------------------------ Kewajipan untuk mengundi di pilihanraya ada lah hak individu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan " Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti " yang dikeluarkan oleh pemimpin parti adalah tidak betul. Itu pun kalau itulah yang betul-betul keluar dari mulutnya. Individu warganegara Malaysia boleh keluar atau tidak keluar mengundi dan jika tidak keluar bukanlah menjadi kesalahan samada jenayah atau sivil. Tetapi bagi seseorang yang melarang orang lain dari menunaikan tanggungjawab untuk mengundi adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya. Elok kalau pemimpin begini berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan.

Mas selamat dalam dakapan Isa

Mas selamat dalam dakapan Isa . Biarlah apa orang hendak kata. Mas Selamat lebih selamat kalau ditahan dibawah ISA Malaysia daripada ISA Singapura . Ramai tahanan ISA bila dibebaskan keluar jadi orang hebat-hebat belaka. Ada yang jadi Menteri, Menteri Besar dan juga Ketua Segala Pembangkang. Malah ada yang keluar dari tahanan itu masih tidak henti-henti dengan perangai buruk mereka. Ada yang bebas lara hingga dikhabarkan telah pun sampai ke Australia. Bila telah keluar masih bebas bersuara. Ada yang mahu tukar siapakah itu Bumiputera . Ada yang tiada sedikit nampak remorse pun ! Biar lah Mas selamat didakap oleh Isa kita!

I Support the One School Campaign. I Challenge Wee Ka Siong to Sue Me

To YB Datuk Wee Ka Siong and his MCA Youth; I support the One School Campaign, I dare you to sue me. Here is my address for service of court process : Dato' Shamsuddin Bin Nawawi, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25502 Jalan Gambut, Kuantan, Pahang. I challenge you!

Kalau Ikut Akal Budak

Terbaca satu blog yang ditulis oleh seorang yang lahir pada 22hb September 1987. Beliau baru berumur 21 tahun lebih sedikit. Itu pun kalau beliau menyatakan tarikh lahirnya dengan betul. Namun tulisannya amat bagus dan pendapatnya amat bernas. Dalam blognya itu, beliau yang memberikan nama blognya WBHIM , mengkritik Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Nampaknya Ahmad Maslan ini, kalau betul lah sebagaimana digambarkan oleh WBHIM, perlulah ubah sikap. Mungkin WBHIM yang baru 21 tahun umurnya lebih matang dari Ahmad Maslan yang sudah pun 43 tahun. Kalau ramai lagi WBHIM yang pastinya akan jadi pengundi di PRU 13 nanti, sukar bagi BN untuk terus kekal memerintah terutamanya ditempat-tempat yang Ahmad Maslan akan menjelajah dan memberi ucapan dan buka "mulut jahat"nya seperti yang ditulis oleh WBHIM. Apakah PPSMSS, 121, KBSM, MB, MC, ME, MM dll yang akan di rhetorikkan oleh Ahmad Maslan semuanya akan mengelirukan? Apakah makna penerangan kalau...

MB not answerable to the Sultan?

The Grounds of Judgment (GoJ) of the learned YA Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim consist of 78 pages and I have the greatest of respect for the learned Judge. In arriving at a decision and then writing the grounds of judgment, a Judge inevitably rely on the submissions by counsels from both sides or in the Perak case, all sides and of course, the Judge's own research and knowledge of the law. I have no intention of saying that the judge had erred in his decision as I am in no position to say so. I am not and will not be part of the legal team to argue for Nizar or Zambry. On hindsight, if I had argued the case for Zambry I would have argued it in the manner as follows: On the finding of fact by the Judge that the LA of Perak had been "instructed" to affirm the Affidavit and "thus whatever one does under such instruction may not be out of one own freewill" (page 21 of the GoJ); I would say that "instruction" "instruct" or "instructed...

Tak setuju satu sen pun dengan Ahmad Maslan!

Kalau betul lah ini yang dicakapkan oleh Ahmad Maslan, saya satu sen pun tidak setuju! ">>>KUALA TERENGGANU, 15 Mei Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka , kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan. Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti . Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. "Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ahmad, yang baru dilantik ke ...

Berita Sensasi Tapi Tiada Nilai

Sinar Harian Edisi Pahang hari ini 14hb Mei 2009 melaporkan di muka surat pertama, cabaran oleh Ketua Penerangan Pas Pahang terhadap YAB Menteri Besar Pahang. Cabarannya adalah untuk MB membuat laporan polis terhadap dakwaan bahawa ada terdapat "penipuan, peniruan, pembohongan saksi dan keputusan hakim" dalam kes yang dimenangi oleh Seruan Gemilang terhadap Pahang dengan jumlah penghakiman sebanyak RM63 juta. Saya ingin tegaskan : 1. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang telah pun lama dulu membuat laporan polis dan perkara ini dalam siasatan oleh polis. 2. Perkara ini adalah dalam perbicaraan di Mahkamah dan ada "pending proceeding" di Mahkamah melalui kes Pahang Suing Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan nombor kes adalah Mahkamah Tinggi Kuantan Guaman Sivil 21-11-2008. Saya nasihatkan kepada pemimpin Pas itu jangan buat kenyataan yang tidak usul periksa. Kepada Sinar Harian Edisi Pahang, perkara ini tidak perlu liputan media kalau hanya untuk nilai sensasi sahaja.