Wednesday, August 26, 2009

Sebat cara Syariah tidak perlu Pakar !

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang melalui Seksyen 125 dan 126 dengan jelasnya telah mengariskan cara untuk melaksanakan hukuman sebat. Siapa kata mesti dilaksanakan oleh Pakar?

Perlaksanaannya secara mudah boleh digariskan seperti berikut :-
  1. Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.
  2. Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.
  3. Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25 cm (1/4 inci).
  4. Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.
  5. Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.
  6. Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.
  7. Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
  8. Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.
  9. Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan secara duduk.
  10. Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
Tujuan sebatan itu bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menjadi pengajaran sahaja.

Dalam kes Kartika Seri Dewi Shukarno yang mendapat liputan meluas ini, di mana suaminya? Kenapa suaminya menghilangkan diri dan hanya anak-anaknya yang ditayangkan meraih simpati!
Kenapa dan apa tujuannya Kartika dan bapanya bertindak serta mencabar sebatan dijalankan segera tanpa mahu merayu ke Mahkamah lebih tinggi? Wallahualam...

ROHAIZAT DAN KARTIKA

ROHAIZAT BIN OTHMAN
Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009.
Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.

Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini
"DSN, nak minta tolong. Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya di sini :http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html"

Saya panjangkan makluman itu kepada YAB MB Pahang yang berada bersama dengan YAB TPM dengan harapan supaya calon lain dicari untuk gantikan Rohaizat. Malangnya, apabila maklumat dari saya itu diterima, TPM meminta pandangan dari Lawyer UMNO
. Lawyer Umno mengambil pendekatan yang sangat jauh lari dari sasaran apabila menasihatkan bahawa Rohaizat layak bertanding dan pencalonannya tidak akan ditolak oleh SPR walaupun ada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Begitulah keadaannya apabila Lawyer Umno "cannot see the woods from the trees!"

Rohaizat tetap dicalonkan dan memang betul pencalonannya tidak ditolak. Mula dari hari pertama kempen sehinggalah ke hari akhir, Pas terus bawa isu Rohaizat "struck off" oleh Bar Council atas kesalahan seleweng duit pelanggan.

Pada 20hb Ogos 2009 jam lebih kurang 11.55 malam, saya dapat panggilan telefon dari rakan sejawat yang berkhidmat dengan TPM, mengatakan Rohaizat baru sahaja selesai berucap di Pentas Pemuda menafikan dia ada isteri kedua. Rakan itu minta tengok rekod di Mahkamah Syariah Pekan Pahang kerana sebenarnya Rohaizat telah daftarkan perkahwinan kedua itu di Pekan Pahang! Apakan daya saya di waktu tengah malam itu? Satu lagi non-disclosure dilakukan oleh Rohaizat! Kenapa Rohaizat suka besembunyi? Rayuan tentang hukuman Majlis Peguam yang telah dibuat ke Mahkamah Tinggi Penang pun disembunyikan. Isteri kedua pun disembunyikan. Mungkin dia takut B1N1 ! Tapi dalam PRK, B1N1 tidak penting! Minta maaf sahaja lah kalau susah sangat untuk minta izin!

Nah...kedua-dua isu itu dimainkan oleh Pas dan tiada lagi dalam sejarah PRK sejak 10 tahun saya menjadi Setiausaha Politik, BN terpaksa menyelesaikan isu peribadi calon sehingga tiada masa untuk bincang atau selesaikan isu di kawasan pilihanraya itu.

Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali Lawyer Umno dan Pengerusi Umno Pulau Pinang! "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus hidup lama lagi !..

KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

Saya juga ada menulis tentang Kartika. Pada 21hb Julai 2009 dan juga pada 23hb Ogos 2009. Saya tetap mempertahankan hukuman yang dikenakan keatas Kartika. Semuanya kerana saya berpendirian bahawa :-
  1. Undang-undang Syariah Pahang adalah sah dan berkuatkuasa.
  2. Kartika mengaku salah terhadap kesalahannya.
  3. Kartika tidak mahu membuat rayuan.
  4. Kartika rela dengan hukuman yang hendak dijalankan.
Malangnya, apabila seseorang itu hanya belajar ilmu ugama samada dalam bidang apa pun, orang itu sangat bodoh dalam ilmu dan bidang yang lain! Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa sebat secara undang-undang Sivil adalah tidak sama dengan sebat secara undang-undang Syariah yang hendak dijalankan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah mengeluarkan perintah tahanan di Penjara Kajang terhadap Kartika! Bodoh sungguh Hakim itu! Bodoh lagi kalau tidak mahu bertanya! Saya tanya sendiri dengan Penasihat Undang-undang Negeri Pahang yang merupakan classmate saya di Faculty Undang-undang Universiti Malaya tahun 1978-1982, samada Hakim atau Mahkamah Syariah ada minta nasihat dari LA Pahang tentang cara dan kaedah menjalankan sebat itu. Jawapan tiada!

Nah...dengan kebodohan dan keangkuhan tidak mahu bertanya, hebuh satu dunia kes Kartika.

Sama juga dengan kes Rohaizat tadi, siapa yang bertanggungjawab dan bertindak bodoh dalam kes Kartika ini juga mesti hara-kiri!
Baik dia hakim atau pun apa pun pegawai di Mahkamah Syariah Pahang itu, mereka itu perlu undur diri kerana membawa ridicule and contempt terhadap nama baik Negeri Pahang. Kalau sudah umur tahap pencen, jangan lah terus disambung lagi...

Sunday, August 23, 2009

Menjalankan Hukuman Sebat Terhadap Kartika

Pada 21 Julai 2009 yang lepas saya telah menulis tentang hukuman yang dikenakan terhadap Kartika kerana meminum arak di khalayak ramai dan boleh dibaca di sini. Hari ini 23 Ogos 2009 ada pula pihak-pihak yang mempersoalkan bagaimana hukuman itu akan di jalankan dan boleh dibaca di sini,

Kepada Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya, Ketua Hakim Syarie, Terengganu, saya ingin mengingatkan perkara seperti di bawah :-

1. Hukuman terhadap Kartika adalah berdasarkan satu undang-undang yang sah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan adalah undang-undang yang berkuatkuasa iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
2. Begitu juga dengan tatacara menjalankan hukuman itu adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.
3. Ini bukan masanya bagi kedua-dua mereka mempersoalkan kesahihan undang-undang itu. Selagi tiada undang-undang lain yang membatalkan undang-undang itu samada melalui Akta Parlimen atau pengistiharan oleh Mahkamah Persekutuan, hujjahan mereka adalah cetek dan tidak boleh diterima.

Kartika telah menyatakan persetujuan untuk menjalani hukuman yang dikenakan keatasnya. Dalam istilah undang-undangnya ini dipanggil "submit to the jurisdiction of the Court".

Adakah perintah untuk memanggil Kartika berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman sebat itu satu hukuman lain seperti yang hujjahkan oleh Prof Shad Faruqi & Datuk Ismail Yahya?

Seksyen 125 (3) (c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 itu memperuntukan "Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana seperti diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu".

Mahkamah telah menetapkan bahawa tempat menjalankan hukuman sebat itu adalah di Penjara Kajang. Kartika mesti dipanggil untuk berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman itu. Kenapa pula dikatakan itu sebagai satu lagi hukuman yang berbeza atau tambahan dari hukuman asal? Tiada double jeopardy atau functus officio dalam hal ini. Hakim telah mengikuti apa yang termaktub didalam undang-undang yang sah.

Samada undang-undang mengenai minum arak itu bertentangan dengan perjuangan Prof. Shad Faruqi atau Datuk Ismail Yahya tidak sepatutnya timbul. Mereka yang memperjuangkan tentang kezaliman hukuman bunuh juga ramai, tetapi hukuman bunuh tetap kita jalankan kerana hukuman itu ada dalam peruntukan undang-undang yang sah di negara kita.

Kalau Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya mahu mempersoalkan kewujudan undang-undang yang ada kuatkuasa di Negeri Pahang, mereka nampaknya telah tersilap! Forum yang sesuai bagi mereka ialah mengemukakan ke Mahkamah Persekutuan untuk mengistiharkan undang-undang yang ada di Negeri Pahang ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka hujjahkan.

Apa kata saya cabar mereka berbuat begitu kalau mereka merasakan mereka betul?

Friday, August 21, 2009

Rohaizat...oh...Rohaizat









Kehadapan Saudara Rohaizat Bin Othman,
Tahniah saya ucapkan kerana terpilih menjadi calon PRK N11 Permatang Pasir.
Sebagai seorang peguam, kita menghabiskan sekurang-kurangnya 4 tahun di Universiti untuk mendapatkan segulung ijazah LL.B. Kita diajar untuk berkata benar dan membela mereka yang perlukan pembelaan.
Untuk membela orang lain, sifat dan kepandaian kita membela diri sendiri mesti menyerlah.
Malangnya, dari apa yang saya perhatikan, kamu tidak tahu membela diri sendiri. Kamu menyerahkan kepada orang lain untuk membela masalah yang kamu hadapi.
Ada masanya kita perlu kepada bantuan, tapi untuk mendapat bantuan, kita perlu berterus terang.
Apa salahnya berterus terang tentang keputusan Lembaga Disiplin Majlis Peguam yang telah "struck off from the roll" terhadap kamu? Apa susahnya untuk beritahu yang Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga telah menolak rayuan yang kamu buat pada 12 Ogos 2009?
Ramai juga peguam lain yang kena struck off dan mereka terus menjadi orang yang berguna dibidang yang lain. Malah perkara yang kamu dituduh telah pun kamu selesaikan. Hanya masa yang kamu perlukan untuk kamu seleasikan dan reinstate kamu sebagai Peguambela dan Peguamcara semula. Dengan bukti bahawa ada surat menarikbalik aduan terhadap kamu, kalau di bawa semula ke Mahkamah, perintah terhadap kamu akan digugurkan, InsyaAllah.
Apa salahnya kalau kamu berterus terang bahawa kamu telah mengahwini isteri kedua? Kalau betul, kenapa kamu perlu nafikan? Eloklah kamu kahwin dari tidak berkahwin. Memohon izin isteri pertama memang susah. Tapi memohon maaf adalah lebih mudah! Bukankah begitu? Bukan kamu seorang sahaja yang ada bini dua. Ramai lagi termasuk orang yang mempersendakan kamu. Malah ianya bukan haram disisi Islam!
Kalau ditakdirkan kamu menang PRK ini, ramai sungguh orang yang kamu perlu minta maaf. Apatah lagi kalau kamu kalah!
Namun, saya harapkan kamu menang. Rakyat dan pengundi di Permatang Pasir perlukan perubahan dan pembelaan!

Wednesday, August 19, 2009

Antara Reality dan Perception

Saya tidak mahu menggunakan tajuk "Antara Realiti dan Persepsi" walaupun sekarang ini, itu lah caranya penulisan yang dibuat oleh ramai orang. Pada saya Reality adalah Hakikat dan Persepsi adalah Tanggapan.
Tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai Rohaizat Bin Othman. Calon BN di Permatang Pasir. Hakikatnya beliau sudah "struck off the roll" sebagai seorang Peguambela & Peguamcara.
Siapa yang tidak membuat kerja atau makan gaji buta kerana tidak membuat vetting yang lengkap terhadap Rohaizat sebelum beliau diperakukan sebagai calon BN kepada Presiden & Timbalan Presiden Umno, MESTI dipertanggungjawabkan. Mereka ini yang sepatutnya meletakkan jawatan atau kalau di Jepun di zaman dahulu, melakukan harakiri.
Apapun penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak sekalipun tidak akan memberhentikan Pas & sekutunya untuk menjadikan perkara "struck off" ini sebagai bahan kempen mereka di PRK Permatang Pasir.
Seorang peguam tetap seorang peguam walaupun dia tidak lagi berdaftar sebagai Ahli di Majlis Peguam. Kelulusan LL.B yang dimiliki tidak akan terbatal kalau pun peguam itu telah di "struck off" oleh Bar Council.
Dalam kes Rohaizat ini, sudah ada surat menarik balik aduan terhadapnya oleh pihak yang mengadu dan boleh dibaca dibawah ini.


Harus juga kita teliti bahawa surat ini bertarikh 28hb Mac 2008 iaitu lebih kurang 21 hari dari tarikh Rohaizat dikenakan hukuman "Struck off" pada 7hb Mac 2008.

Namun begitu, mengikut penjelasan yang dibuat oleh Bar Council melalui George Varughese Secretary Malaysian Bar bertarikh 18 August 2009,
"Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor."

Tidak pula dinyatakan samada surat menarikbalik aduan oleh pengadu itu telah dipertimbangkan oleh Mahkamah Tinggi dalam rayuan yang ditolak pada 12hb Ogos 2009 itu.
Apapun, seseorang yang ada kelulusan LL.B bukan hanya terhad untuk menjadi Advocate & Solicitor melalui cara berdaftar dengan Bar Council Malaysia. Beliau tetap layak untuk menjadi calon pilihanraya dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Adakah Rohaizat terlibat dengan sesuatu jenayah samada penyelewengan atau pecah amanah yang boleh menjejas maruah atau credibility nya sebagai Wakil Rakyat? Surat Menarikbalik Aduan oleh Pengadu jelas menunjukkan Rohaizat tidak bersalah! Mungkin ini perlu rayuan seterusnya atau penghujahan seterusnya di Mahkamah Rayuan atau pun di Mahkamah Tinggi juga untuk mengemukakan secara jelas bahawa Pengadu Sudah Menarikbalik Aduannya Terhadap Rohaizat.

Menjadi ahli atau berdaftar dengan Bar Council samalah keadaannya dengan badan-badan lain yang mendaftarkan doktor, jurutera dan lain-lain. Tindakan disiplin adalah sebahagian dari matlamat badan itu untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya. Rohaizat telah dikenakan hukuman terhadap kesalahan disiplin dan bukannya kesalahan jenayah negara. Itu perlu dibezakan.

Lesen untuk mengamalkan guaman sebagai Peguambela & Peguamcara Rohaizat sudah dibatalkan oleh Bar Council. Kalau pun dia ada sedikit sebanyak melakukan kesalahan, dia telah menerima hukuman. Sudah hilang mata pencariannya sebagai Peguambela & Peguamcara. Dia sudah tidak boleh mewakili anak guamannya bicara di Mahkamah. Biarlah dia cari jalan untuk selesaikan masalahnya dengan Bar Council. Saya yakin dengan surat menarikbalik aduan itu, Bar Council yang menegakkan motto "Justice is Blind" akan jadi lebih "sane" dan tidak buta.

Sebagai anology, adakah seorang pemandu yang dibatalkan lesen memandunya atas kesalahan langgar mati itu pembunuh? Mungkin dia akan didenda, atau dipenjara atas kesalahan dia memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian, tetapi dia bukan pembunuh.

Rohaizat mesti dibela dan beliau tiada cacat celanya untuk menjadi ADUN. Kalau hendak dikatakan cacat, dua orang yang ada dalam gambar ini memang ada cacat celanya dan tidak sepatutnya jadi pilihan rakyat, tetapi mereka ini pandai memainkan perception rakyat. Mereka pandai membuat sesuatu supaya membuat tanggapan yang buruk terhadap kerajaan.

Thursday, August 13, 2009

Penyalahgunaan jawatan Setiausaha Politik

Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Setiausaha Politik adalah "Anggota Pentadbiran" sebagai mana di definasikan dalam Perkara 160. (Sila klik pada gambar-gambar diatas)
Perlantikan SU Politik adalah dibuat oleh YAB Perdana Menteri sebagaimana diperuntukan oleh Perkara 43C Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya ditugaskan atau "assigned" kepada Menteri Kabinet. Perlantikan SU Politik boleh dibatalkan oleh Perdana Menteri sahaja.

Di Negeri-Negeri di Semenanjung hanya Menteri Besar yang boleh melantik SU Politik untuk berkhidmat dengannya dan dipanggil Setiausaha Politik kepada Menteri Besar. Tiada peruntukan untuk melantik SU Politik yang kemudiannya ditugaskan untuk ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco). Di Sabah dan Sarawak, jawatan Exco adalah disebut sebagai Menteri dan ada lantikan SU Politik yang dibuat oleh Ketua Menteri untuk ditugaskan dengan Menteri berkenaan.

Namun apabila ada Negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang seperti Selangor, Ahli Exco pun sudah melantik SU Politik untuk dirinya. Ini jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, namun mereka lakukan juga. Ini juga bertentangan dengan sumpah memegang jawatan yang mereka lafazkan semasa perlantikan sebagai Exco kerana antara lain sumpah itu termasuk "bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya".

Lebih teruk lagi apabila ada juga ADUN sendiri yang melantik SU Politik. Ini juga dilakukan oleh ADUN DAP yang boleh dilihat disini.

Kalau Perlembagaan tidak dihormati, mereka ini tidak layak menjadi pemimpin atau memerintah mana-mana Negeri. Pada mereka perlanggaran undang-undang termasuk undang-undang tertinggi ini adalah perkara enteng. Namun mereka tetap menyalahkan pihak lain dan harus dihalang dari terus melakukan pencabulan "Rule of Law" !