Thursday, July 23, 2009

Inquest kematian Teoh

Keputusan Kerajaan untuk membenarkan Inquest dilakukan mencari sebab kematian Teoh Beng Hock adalah tepat dan bijak.Inquest adalah peruntukan undang-undang sudah sekian lama terpakai di Malaysia melalui peruntukan dalam Criminal Procedure Code (CPC).

Seksyen 337 CPC memperuntukan :-
"A Magistrate holding an inquiry SHALL inquire WHEN, WHERE, HOW and AFTER WHAT MANNER the deceased came by his death and ALSO whether any person is criminally concerned in the cause of such death” (emphasis added)

Apabila Magistrate mempunyai kuasa untuk mengetahui “when, where, how and after what manner, the deceased had died”, pastinya “there be no stones left unturned”

Adalah diharapkan Mahkamah akan assign seorang Magistrate yang berpengalaman dalam mengendalikan Inquest ini. Kuasa Magistrate adalah luas melalui peruntukan CPC ini dan pastinya akan terungkai siapa (jika ada) yang bertanggungjawab.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan terhadap procedure soalsiasat yang diamalkan oleh SPRM adalah sesuatu yang berbeza tetapi pasti akan berkaitan dengan Inquest ini.

Digabungkan kedua-dua itu, findings masing-masing badan itu nanti pastinya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.

Artikel yang berkaitan :-

1. Malaysian Bar
2. Utusan Malaysia

Tuesday, July 21, 2009

Hukuman Sebat keatas Pesalah Wanita

Update : Minister DS Shahrizat & MP Lo'Lo outraged by the Court's decision?
Do they know the law?
................................................................
Seperti mana yang dilaporkan oleh media, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai; satu kesalahan dibawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987)
Procedure untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-
1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Didalam undang-undang civil pula:
  • Women;
  • Men aged 50 and above (except when convicted of rape);
  • Anyone judged unfit by a medical officer, and
  • The insane.
Walau apa yang kita fikirkan, mudah-mudahan perlaksanaan undang-undang ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Pahang adalah Negeri yang amat serious dalam melaksanakan hukuman mengikut syariah seperti yang sedia termaktub dalam perundangan Islam.

Friday, July 10, 2009

PPSMI : GMP berjuang untuk martabatkan Bahasa Cina & Tamil juga?


Tun Dr. Mahathir dalam "Speech of the President of UMNO at the 54th UMNO General Assembly @PWTC Thursday, 19th June 2003 yang bertajuk "Future Threats" dalam perenggan 94 & 95 berbunyi seperti di bawah ini :-

"94. Within the country the environment is no less challenging. The efforts to bring together the different communities have not been fully successful. The new generation is divided because they choose to attend different schools according to race.

95. In order to bring the students from the different races together and to make the people and the country more competitive, the Government has introduced the study of English and the teaching of science and mathematics in English. The parents accepts well this move but as usual political parties try to politicise the issue".


Apabila Samad Said melalui GMP dengan sokongan Pakatan Pembangkang dan pejuang bahasa ibunda Cina & India merusuh,berdemonstrasi dan berarak; kerajaan BN telah membuat keputusan membenar dan memartabatkan bahasa Melayu, Cina dan Tamil sebagai bahasa yang digunakan untuk mengajar dan belajar Sains & Matematiks.

Tidakkah kerajaan BN sedar bahawa Bahasa Cina & Tamil adalah bahasa asing di Tanahair ini? Kenapa harus dimartabatkan?
Apakah lebihnya bahasa Cina & Tamil dibanding dengan bahasa Inggeris?

Kenapa tidak dalam BAHASA MELAYU sahaja kalau pun tidak yakin dengan bahasa Inggeris?
KENAPA TIDAK HANYA BAHASA MELAYU YANG DIMARTABATKAN?

Thursday, July 2, 2009

Sinar Hairan Edisi Pahang


Gambar2 yang dipamirkan di atas adalah Sinar Hairan Edisi Pahang. Apa tujuan mereka saudara-saudari buatlah penilaian sendiri. Adakah mereka play safe atau makan keliling?


Adakah mereka mahu pembangkang bertapak dan akhirnya berkuasa di Pahang. Apakah yang mereka mahu? Mahu dimanjakan, dibelai mesra atau apa? Terpulanglah...mereka menjual pantang kita tidak membeli!