Friday, August 29, 2008

Si mat laun tu dah bunting?

Adakah mungkin bisa hamil?

Back from Friday prayers, got this very cheeky sms :-

"Berita Terkini : Mahkamah Tinggi K Lumpur hari ini membatalkan kemenangann Dato' Seri Anwar Ibrahim pd P'raya Kecil Pmtg Pauh setelah pemeriksaan doktor mendapati Saiful Bukhari tlh hamil 3 bln..."

Bro, don't play play....it can happen you know! See http://www.malepregnancy.com/ You sudah hilang akal ka bro? Simpang malaikat empat puluh empat! Ini sudah gila punya kerja! Don't play play!

THE POWER OF BUDU!


To the Kelantanese and the Malays in the East Coast, without "budu" their lunch or dinner will not be complete. For those who have not tasted budu, you better don't start. You will get addicted! For those who have not seen or don't know what budu is, ask a friend from Kelantan, Terengganu or Pahang.

In Pahang there is a kampung by the name of Kampung Budu. If budu comes in bottles in Kelantan & Terengganu, we in Pahang come by the whole kampung.

In Perak, with the new Pakatan Rakyat government, BUDU have a different connotation. Jamaluddin & Osman, the two EXCO members have been caught by the ACA simply because of BU & DU. With merely less then 5 months, both had succumbed to the powers of BUDU. They succumbed to the powers of BUrit & DUit!

Sudah la.....tenguk muka pun memang kaki bu...t!

Wednesday, August 27, 2008

Anwar Menang dengan undi orang UMNO. UMNO Penang SONGKRAN kita!

Sebenarnya keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sudah diketahui pada 20hb Ogos 2008! Bila saya sampai di Permatang Pauh pada petang 20hb Ogos itu saya telah dimaklumkan beberapa perkara :-

1. UMNO Bahagian Permatang Pauh ada lebih kurang 18,000 orang Ahli.

2. Sempena dengan pemilihan UMNO sekarang, UMNO PPauh berpecah 3.
a. Datuk Jalil
b. Datuk Ariff Shah
c. Datuk Ferdaus

3. Permatang Pasir dan Penanti adalah kubu pembangkang. Hanya Seberang Jaya saja mungkin menyokong BN.

4. Pak Lah tak laku di Permatang Pauh. Samy Velloo langsung tak boleh masuk ke kawasan India, Ong Kah Ting & semua Pemimpin MCA tak ada kesan di PPauh. Koh Tsu Koon orang PPauh dah tak layan. DS Najib boleh masuk tapi orang PPauh pandang sinis dan nampak Attantulya pada wajahnya.

5. Majoriti Ketua Cawangan UMNO dalam PPauh mula jadi Ketua Cawangan di zaman Anwar jadi Ketua Bahagian. Ramai yang masih miskin tanpa ada apa-apa dalam kepesatan pembangunan di Seberang Jaya dan Bandar Perda. (Ada Ketua Cawangan yang hadir mesyuarat jentera pakai kasut koyak rabak. Mungkin Ketua Cawangan dari kawasan Setinggan atau bekas setinggan).

6. Ramai pemimpin UMNO tempatan yang tak suka Arif Shah jadi Calon :-
a. Dia dah sedia jadi YB apa pasal nak kasi jadi YB lagi....berapa banyak YB mau pakai daaa..
b. Dia sombong! Dalam kawasan Melayu pun cakap Cina dengan anak dia. Lagak tunjuk hebat cakap Cina depan orang Melayu nak buat apa?
c. Sebagai YB ADUN Seberang Jaya pun kawasan dia masih ramai orang Melayu yang terbiar.
d. Dia tidak setanding dengan Anwar.
e. Ramai yang mahukan Datuk Jalil jadi calon.

7. Penyokong UMNO & BN tak berani nak pasang bendera & poster. Tak ada langsung bendera atau poster BN/UMNO yang dilekat/tampal pada kereta. Katanya ada arahan dari Pemimpin tinggi. Ini lah kerja bodoh yang paling bodoh dalam sejarah PRKecil! Takut? Nak takut apa? Jelas UMNO Pulau Pinang bacul & penakut! Tak ada batu! Kereta Arif Shah yang round pergi kempen pun tak ada poster gambar dia pada kereta! Di tempat sendiri pun penakut!

8. KALAU TAKUT NAK PASANG BENDERA ATAU POSTER BN ATAU UMNO KENAPA TAK PASANG BENDERA MALAYSIA SAHAJA!? KAN BULAN INI BULAN OGOS BULAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN!

9. Setiap kali mesyuarat Jentera, masih bergaduh sesama sendiri mengenai perkara remeh temeh. Persediaan untuk meghadapi hari mengundi tidak dibuat rapi. Tiada persediaan tentang Polling Agents, Counting Agents dan yang paling menyedihkan tiada persediaan tentang kenderaan mengangkut pengundi sehingga lah pada saat-saat akhir. Semuanya tunggu saat-saat akhir!

10. MAKNANYA SELAMA INI JENTERA BAHAGIAN PERMATANG PAUH MEMANG TIDAK BERGERAK. MEMANG HAPRAK!

11. YANG PALING MENGECEWAKAN IALAH RAMAI PEMIMPIN YANG DATANG BERMOTIFKAN AGENDA PERIBADI.....IAITU KEMPEN UNTUK PEMILIHAN DALAM UMNO AKAN DATANG. BAIK PEMUDA, WANITA, PUTERI...SEMUA SAMA!

12. Pemimpin UMNO Penang datang dengan lagak tak bertempat. Datang dengan S-Class Mers 350 apakah guna?

13. Sistem jemput jentera UMNO dari setiap negeri tidak berkesan kerana jentera UMNO Pulau Pinang & Permatang Pauh itu sendiri haprak! Tambahan pula kali ini kehadiran UMNO Negeri seperti Selangor, Perak & Kedah tidak seperti dulu. UMNO dari Negeri Pembangkang! Dari Perlis sudah tiada Shahidan Kassim. Dari Trengganu sudah tiada Deris Jusoh. Tak ada lagi apa yang kita biasa tengok di Batu Talam, Pengkalan Pasir dan lain-lain PRKecil terdahulu. Di Permatang Pauh hanya ada DS Adnan Yaakob dari Pahang. Adnan seorang diri tak mampu buat apa-apa! JJ dari Pahang pun sudah tidak berkesan sebab bukan Menteri lagi. Maknanya hulubalang-hulubalang UMNO sudah tidak ramai lagi!

14. Apapun kekalahan BN di Permatang Pauh adalah salah UMNO Permatang Pauh sendiri. Bukan sebab Anwar itu kuat sangat. Sebab utama adalah orang UMNO tidak solid menyokong BN! UMNO Penang dan Permatang Pauh sudah "songkran" kita!

Sunday, August 24, 2008

Ini Sudah Kurang Ajar!



Ini sudah lebih! Bakal Perdana Menteri disumpah sang kelembai jadi mengkarung! Melampau...melampau....kurang ajar betul! Siapa punya kerja ini. Siapa yang hendakkan Mengkarung jadi PM? Ada kah patut Anwar dibuat begini? Apakah salah Anwar sampai disumpah begini? Anwar orang baik. Dia buka agen Amerika atau Yahudi. Dia bukan meliwat. Dia pakar ekonomi yang boleh selesaikan masalah kesengsaraan rakyat Malaysia. Anwar dari keluarga yang baik-baik. Bini dia Presiden Parti Keadilan yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Anak dia seorang YB Parlimen. Anwar boleh baca khutbah. Anwar boleh berdansa. Anwar dikenali di seluruh dunia. Pemimpin buta bercelana pendek dengan cewet diatas riba kawan dia. Oh...kenapa jadi begini?
Anwar rakan baik kaum Lim Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Ramasamy yang akan dibariskan dalam Kabinet Kerajaan Langit! Kerajaan Langit akan tumbangkan Kerajaan bertunjangkan parti orang Melayu!
Anwar akan jadi Perdana Menteri dengan pejabat pentadbiran di Ulu Klang dekat Zoo Negara. Azmin akan tetap jaga Anwar. Kenapa diperlakukan Anwar begini?
Apakah sumpah Saiful sudah menjadi? Anwar sudah jadi sesumpah. Sampai hati penyokong PKR perlakukan Anwar begini?
Sampai hati petugas PKR edarkan gambar Anwar yang masih "embargo" sehingga 16 September di seluruh Permatang Pauh!
Zalim sungguh penyokong Anwar terhadap Ketua Umum mereka!

Saturday, August 23, 2008

Sumpah Bayar Stem vs Sumpah Dalam Masjid

Sumpah lagi! Najib pun dah sumpah. Sumpah dalam Masjid secara tak rasmi tapi sebut wallahi, wabillahi, watallahi.
Semua orang dah sumpah. AnWar bila lagi? Wan Azizah tak nak sumpah juga ke?
Apa pun jenis sumpah yang dibuat, penyokong AnWar tetap tak percaya. Mereka hanya percaya SURAT AKUAN BERSUMPAH. Sumpah depan PESURUHJAYA SUMPAH. Bayar setem RM4. Sign kat dotted line. Lepas tu download kat blog, baru mereka percaya!
Si Osman dan Si Jamaluddin Exco Perak bila nak sumpah? Jangan sumpah dalam masjid, orang tak percaya. Sumpah pakai Surat Akuan Bersumpah. Mudah dan senang. Tak perlu ada air sembahyang. Tak perlu mengucap dua kalimah syahadah. Tak perlu mula dengan Bismillah. Tak perlu pakai pakaian tutup aurat. Pakai seluar pendek macam yang dipakai oleh Gus Dur pun boleh.

p/s Ada terbaca Surat Terbuka Buat Datin Seri Wan Azizah: Usah Bersandiwara Lagi. Pujuk rayu Kak Wan mungkin kita tak tertawan. Entah-entah dah menopause. Pujuk rayu Izzah mungkin bahaya sikit. Pujuk rayu AnWar sangat-sangat bahaya, sebab AnWar tu Man No Pause!

Friday, August 22, 2008

Exco Perak nak saman BPR & Media

Tengok Berita TV 3 jam 8 malam tadi.
Tengok reporter Punjabi tu bertengkar dengan Ngeh nampak gayanya pening kepala Ngeh. Itu baru reporter Punjabi tu. Macam mana pulak keadaannya bila masuk Court.
Sudahlah.....nak saman apanya? Kalau kena tangkap basah, payah Cik Osman & Cik Jamaluddin ooiiii!
Kalau betul tak buat kerja tu, saman lah. Jangan ikut stail Ketua Umum awak tu. Saiful dah fitnah "masukkan batang zakarnya kedalam lubang dubur saya" pun tak saman.
Jangan nanti bila kalah kes salahkan Mahkamah pulak.
Masuk Court ni 2 matlamat je Cik Man & Cik Jamal....menang atau kalah. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Dua-dua pun rentong!

The Pahang Broadband Project. Why must Rocky be personal?

Wonder why Rocky work so hard to frustrate Pahang's attempt to bid for the broadband contract.
To Rocky, just wanna say if Pahang were to be given the contract, its not for Adnan. Its for the people of Pahang and Malaysia as a whole. Why go personal with Adnan?
Is this the Rocky who a few years ago came to Adnan in the middle of the night asking for favour to approve his proposal for an advertising job for Tourism Pahang? Oh....that was when he just resigned from NST. Things have changed yeah Rocky?

Earlier I posted a comment at Rocky's bru vide his article The 18 Billion Ringgit Man and I reproduce it here for better understanding of the subject matter "Will Adnan be given the RM18 B Project?"

D S N said...It's really funny and it's really typical Malaysian mentality; making comments without thorough study and analysis and the worst part of it all, the negative and untrue comments were then followed by many other similar comments. This is what is termed as 'the herd-mentality'. The word 'herd' is a collective pronoun normally related to animals.The detractors to the Pahang Technology Resources' proposal must have had their own agenda. Do not get unnecessarily alarmed or jealous. Let the Cabinet Committee and the Cabinet listen to all proposals from all quarters. I am sure the Government will decide what is best for the people and for the government. The PTR's proposal never intended to displace Telekom Malaysia or any other TELCOs but instead it would provide a common broadband infrastructure accessible to all TELCOs and their subscribers. This project is intended to be financed through private funding, which will release the Government of financial burden but at the same time providing the people with ICT facilities at an affordable price. Of course some profits would be made at some stage but the main question is where do the profits go to? If PTR is given the opportunity, certainly the profits will go to the rakyat as PTR is a state-linked government agency. Details need not be listed down as PTR does not want to backbite or badmouth any quarter. Let the Cabinet Committee and Cabinet listen to any proposals from any quarters and let the Cabinet decide. This is not a case of when the deal is closed, dirty money changes hands either in the form of commission or discount during procurement of capex or whatever. REMEMBER, THE RAKYAT ARE WATCHING. PTR IS VERY MUCH AWARE OF. Based on PTR's proposal, the RM 18 Billion includes both OPEX and CAPEX. The first rollout will amount to RM 10.5 Billion only. Please do not get easily irked up! Let any quarter for that matter submit its proposal and let the the Government decides. The PM does not decide nor is the DPM, much less the Minister. The Cabinet collectively will decide. As for cancellation of the signing ceremony, that is not for PTR to respond. Many personalities who would have been involved must have had other priorities to attend to. The photograph depicting MB Adnan showing the 'fuck you' sign was in response to all sorts of vulgar signs including 'fuck you' sign directed to him during the Sanggang by-election which BN won handsomely. It should be all right as long as he does not fuck or sodomize anyone.

Thursday, August 21, 2008

Kerajaan Langit!



Senarai A vs Senarai B

(Klik pada gambar nak teropong dekat)


Penasihat Kerajaan Langit!

Jemaah Menteri Malaysia 2008, Mimpi atau Angan-angan?


(Click picture to enlarge)

Kesian Hj Hadi jadi Menteri Kanan saja. Sama kanan dengan Karpal dan entah siapa si William Leong? Ramasamy tu cipta rekod macam Usain Bolt 100 meter pun rekod dunia, 200 meter pun rekod dunia. Ramasamy tu Timbalan Ketua Menteri pun dia, Menteri Kabinet pun dia. Takkan tamak sangat? Kesian MP Kuantan, dah terkeluar dari senarai. Line up dulu ada juga Menteri Luar Bandar! Husam tak ada dalam senarai. Nik Aziz pun tak ada. Zul Kulim? Depa tak ingat kat hang dah....

Fong Kui Lun jadi Menteri Sains dan Teknologi? Tak sesuai tu....Elok jadi Menteri Kereta Second Hand. Hamid Presiden PEKEMA tentu suka! Lo' Lo' jadi Menteri Seni? Apa seni nya? Tak ada menteri Kebajikan? Kata dulu PAS nak jadikan Malaysia Negara Kebajikan? Nurul Izah Menteri Belia dan Sukan? Pandai lah kamu...

Sumpah Potong Ayam Part 2

Lagi lagi cerita sumpah. Di Permatang Pauh sibuk suruh Anwar bersumpah. Jangan buang masa. Tak kan dia nak bersumpah punya! Takut-takut nanti dia sumpah kata memang dia buat kerja sondol belakang. Baru gempar satu Malaya. Jangan jangan dia nak buat macam Barrack Obama. Mengaku masa dulu dulu hisap ganja! Di Barat tak ada hal pun. Hisap ganja biasa lah. Sondol belakang pun biasa lah. Consenting adults...apa ada pasal!
Dulu ada juga cerita minta satu Hamba Allah sumpah di masjid yang dia tidak ada DUA isteri. Hamba Allah tu selamba saja sumpah siap junjung Quran di masjid. Memang lah dia berani sumpah yang dia tak ada dua bini. Rupa-rupanya dia ada TIGA bini! Apa ada pasal!
Manusia ini pelik betul. Selagi tak dapat kepada dia, selagi itu lah semua orang tak betul. Kalau berita itu tak sedap untuk pihak dia, dia kata jangan terima bulat-bulat berita itu. Kena siasat dulu, kena tunggu pekembangan selanjutnya. Itu lah komen si Husam pasal 2 EXCO Perak kena tangkap oleh BPR. Cuba kalau EXCO BN yang kena tangkap. Mangkok Ayon tu pasti kata dah soheh la tu...soheh rasuah! Natang betul puak-puak ni!
Bila Dr. Osman Myanmar buat sumpah dengan bayar setem 4 ringgit di kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Myanmar tu cakap benar. Bila Bala sumpah berkanun kali pertama, soheh betul. Bila sumpah pulak dengan kandungan tak syok kat dia, Bala tak betul pulak. Bila RPK sumpah berkanun bayar setem 4 ringgit....pasti betul. Bila Saiful sumpah pegang Quran kat masjid depan imam....tak boleh terima sebab ikut Kristian. Apa ni beb, awak nak mende lagi. Semua yang tak kena dengan awak tak betul. Yang sedap kat sebelah awak, awak suka. Porah!
Gini lah beb.....kalau sumpah Saiful tu tak boleh terima sebab ikut hukum tak kena, tak ada dalam syarak atau pun ikut alasan yang Peguampas tulis dalam blognya, kita pun tak terima lah. TAPI si Saiful tu dah luahkan kepada seluruh dunia perkataan FITNAHnya teradap Anwar. Saiful kata, "Anwar telah memasukkan batang zakarnya kedalam lubang dubur saya". Kalau itu FITNAH.....saman lah si Saiful tu. Saman for libel & slander. Bersihkan nama kamu wahai Anwar! Buat macam Shafee Abdullah. Buatlah apa tunggu lagi.
Dulu bila Tun M kata Anwar homosexual, Anwar saman Tun M. Sekarang Saiful kata dia diliwat oleh Anwar kenapa Anwar tak saman? Kalau tak saman pun buat laporan polis. Buat laporan criminal defamation. Ambil Injunction terhadap Saiful. Jangan lah jawab kata dah lapor di JAWI. Kejadian sumpah Saiful tu berlaku selepas laporan kepada JAWI. Its a continuous criminal acts by Saiful. Why don't you take legal action?
p/s Remember...we can create lies but we can never create the truth!

Sunday, August 17, 2008

Sumpah Potong Ayam

Sumpah! Potong Ayam!
Lu jangan cakap itu macam. Sumpah….potong ayam…gua tak culi lu punya barang!

Itu sumpah kawan saya anak Cina semasa sekolah menengah dulu. Kepada dia kalau dia tak buat tu dia sanggup sumpah potong ayam. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa nak potong ayam pulak. Apa significant nya ayam tu saya tak tahu.

Apa pun saya percaya kawan Cina saya tu sungguh-sungguh tak ambil barang saya.

Bila di Mahkamah, semasa hendak memberi keterangan sebagai saksi kita bersumpah “Saya sianu bin sianu dengan sesungguhnya bersumpah bahawa apa yang hendak saya katakan dalam perbicaraan ini adalah benar belaka, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka” Sumpah berkata benar itu selalu diingatkan kepada saksi kalau peguam atau pendakwa menyoal saksi dan disyaki saksi itu tidak berkata benar. Kalau kes tangguh sekejap dan bila sambung semula, saksi diingatkan bahawa dia masih dalam sumpah yang dibuat sebelum kes ditangguhkan tadi.

Sumpah itu kita terima sebagai sesuatu yang benar.

Kalau mengangkat sumpah untuk memegang jawatan kerajaan dan sumpah menyimpan rahsia, kita bersumpah dengan meletakkan tangan atas Quran dan di lafazkan “Wallahi, wabillahi, watallahi” bagi yang berugama Islam dan yang bukan Islam “Saya bersumpah mengikut kepercayaan ugama saya”

Sumpah itu pun kita terima. Samada angkat tangan kanan atau tidak atau tangan itu benar-benar diletak atas Quran atau tidak kita terima juga.

Bila Saiful Bukhari bersumpah di Masjid dengan memegang Quran dengan disaksikan oleh Imam Masjid dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi, ada pula yang kata sumpah itu tak boleh pakai.

“Sumpah dengan Quran hanya terpakai kepada suami isteri” kata Ustaz Hadi dan Wan Azizah

“Sumpah dengan Quran hanya perlu dibuat oleh orang yang kena tuduh” kata Harun Din

Ada juga kata sumpah pegang Quran tiada dalam hukum syarak. Yang dibuat itu ikut cara Yahudi dan Kristian.

Bukan kita soalkan samada Anwar dengan Saiful itu suami isteri. Itu kita tahu memang bukan.

Soalnya ialah kesanggupan Saiful bersumpah tu. Dr. Mahathir buat ulasan barulah cerdik. Dr. M kata kalau dah Saiful berani bersumpah tu maknanya benda tu betul belaku. Kalau tak betul takkan dia berani bersumpah macam itu. Sanggup dilaknati Allah sampai beberapa keturunan.

Sekarang terpulang lah kepada Anwar. Nak bersumpah atau tidak? Liwat itu betul atau tidak. Kita tunggu apa kesudahannya kes liwat itu. Kita tunggu panjang umur rezeki siapa yang kena laknat!

p/s Teringat cerita kawan saya bertanya pada saudara baru Orang Asli yang dituduh masih makan babi. Kenapa awak makan lagi benda haram tu? Berdosa tau! Jawab Orang Asli itu, “Tak kira lah Encik, dosa itu lambat, kempunan itu cepat”
Maknanya dia lebih takut kepada kempunan dari dosa. Kempunan menimpa masa masih hidup. Dosa bila dah mati baru tau!

Thursday, August 14, 2008

Lawyer by day, Loyar Buruk by night.

I often joke about what I do for a living. When asked I will say, I'm a lawyer by day & a loyar buruk by night. Nobody seems to believe me! I don't even look like a lawyer and of course don't have the loyar buruk look!

Lawyers can be loyar buruk too, at times. Committee members of the Bar Council are just loyar buruk to me! When Zaid became a minister, the Bar Council was the first to instigate Zaid on the apologies to Salleh Abas & gang. So many years ago in 1984, Zaid was the Secretary to the Bar Council. That was the exact reason for the support to Zaid. I don't know where Ambiga was then in 1984 and even if she was around, nobody seem to know her or remember her.

Lawyers do think they know the law better then anybody else. Some will go round telling others that he is a senior lawyer and should be given due respect etc etc . Some even go to the extend of ferrying all the law books from his office to the court when he appears in court. Do they really know the law? nay....

Knowing the law and practising the law are two different thing. The "conversion to Islam" forum held by the Bar Council clearly show how stupid they are. They know the law but they don't know the practical day to day running of the law. Why just talk of conversion to Islam? What about the conversion to Christianity, Hinduism, Buddhism etc. when they are talking about the problems faced by the children of the converts. In the first place, what is the need for the forum?

Why pick on Islam when they know that according to the law as stated in the Federal Constitution, Islam is the official religion of the Malaysia. Of course they know the law but they are just stupid enough not to know what they did was stupid!

Anwar vs Mamak/Malay/Arab/Chinese

vs

I don't quite remember when was the last time BN had named a presently serving YB to stand for another election.
Its always something new during the time of Pak Lah. Maznah Mazlan, a YB in the Pahang State Legislative Assembly and an EXCO was made a Senator and thereafter a Deputy Minister. Well, there is no law against it though!
When the DPM made the annoucement, I was looking at the face and body language of Abdul Jalil, the UMNO head of Permatang Pauh. Many people thought it was supposed to be him.

Banyak pros and cons bila YB yang sedang berkhidmat dicalonkan untuk bertanding Pilihanraya Kecil begini. Kawasan yang hendak ditandingi bukan lah satu kawasan yang mudah. Anwar mungkin selesa di Permatang Pauh dan mungkin menang. Kes tuduhan liwatnya belum berjalan lagi dan pastinya akan mengambil masa yang lama. In the event Anwar disabitkan bersalah dan dipenjarakan semula (tiada sebatan kerana melebihi umur 50 tahun), kerusi Permatang Pauh akan kosong semula. Kalau ianya masih dalam eddah yang perlu diadakan semula PRKecil, maka ada lagi satu PRKecil. Wan Azizah sudah tidak boleh jadi calon kerana undang-undang tidak membenarkan YB yang letak jawatan bertanding dalam tempoh 5 tahun dari tarikh letak jawatan. Pastinya interesting nanti!

Kalau Arif menang, beliau akan ikut jejak Maznah sebagai YB Umno yang merasa duduk dalam dua Dewan serentak. Maznah di Pahang dan di Dewan Negara; Arif di Penang dan di Dewan Rakyat. Sesungguhnya mereka tergolong dalam orang-orang yang bertuah. Dapat dua elaun!

Well, members of the Pakatan Rakyat can't complain on that. So many of them are enjoying more than one allowances! Shut up!

I was told, 68.5% of the voters are Malays i.e 40,038 voters. 24.8% Chinese (14,490 voters) and 6.3% Indians (3,680 voters). During the 12th GE, BN got 16,950 voters and PKR got 30,348 votes i.e a majority of 13,398 votes to PKR.

I was also told, there are about 18,000 UMNO members in Permatang Pauh. Not all voted for BN in the the 12th GE, obviously. Maybe there prefer Azizah over an Ustaz (Modern) Firdaus. Now that it is Arif, with a tint of Mamak blood and a long time UMNO member will be able to get UMNO members to vote for him. Surely he should get more than 16,000 of the UMNO members if not all. (Some UMNO members might not be voters at all).

Arif speaks Mandarin and surely more Chinese will vote for him. If he can get 8,000 out of the 14,490 Chinese votes, he can win already! With the Mamak in Arif, surely that will get him some of the Indian voters. If he can get 2000 Indian votes, Anwar will be in trouble!

See the logic in choosing Arif Shah? He is of Indian origin declared a Malay with arabic name and speaks Mandarin! A true Malaysian! Good luck Arif!!! Watch your back!!!!

p/s From the Jangan Pandang Belakang series.
Like to share this sms :
" Nasihat pengundi Permtg Pauh kpd petugas BN kempen p/raya kecil: kalau hangpa nak mai sini, mai la, tapi jan lupa pakai pampers, sbb anwaq dok ganas la ni nak ligan pungkoq hangpa semua. Hangpa jgn pandang belakang....line clear..."

Tuesday, August 12, 2008

Apa ada pada gambar?

Kalau ikut kabinet bayangan angan-angan, bukan Anwar Ibrahim yang jadi PM. Kenapa ye?


(Klik pada gambar untuk besarkan)
The Charge
(Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.)
Bagaimana dengan Fauzi Rahman ni? Sia-sia dia masuk PKR & sokong Anwar? Kenapa tidak dilantik Senator dan jadikan dia Menteri Hal Ehwal Haiwan, Perlombongan dan Permohonan Tanah ?

Monday, August 11, 2008

Menantu Ku Menantu Mu





Ok... jangan banyak cakap lagi! Orang PAS tak boleh kata orang UMNO. Orang UMNO tak boleh kata orang PAS!
Pak Lah ambik menantu kerja dengan dia. Nik Aziz pun buat sama. Nik Aziz kata dalam Islam tak timbul soal crony. Nik Aziz kata Nabi Mohamad pun ambik saudara mara.
Nik Aziz ikut sunnah nabi. Pak Lah pun ikut sunnah nabi.
OK, case closed!

p/s Perpaduan PAS dengan UMNO sudah bermula?

Friday, August 8, 2008

Gila Nak Jadi PM

Ramai yang bertanya apakah ancaman yang paling besar kepada Negara sekarang ini?

Saya jawab – Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada keselamatan, ekonomi dan keharmonian Negara.
Kegilaan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah sebab kepada semua masalah yang kita hadapi sekarang.
Anwar Ibrahim sanggup buat apa sahaja asalkan dia jadi Perdana Menteri. Dia sanggup bazirkan wang rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Isteri beliau Wan Azizah sanggup letak jawatan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh pengundi Permatang Pauh pada PRU 12 yang lalu, semata-mata untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding pula.
Bayangkan betapa banyak wang yang akan dibazirkan. SPR terpaksa menjalankan proses Pilihanraya Kecil dan kita semua tahu betapa banyak perbelanjaan yang diperlukan. Berjuta-juta ringgit wang rakyat terpaksa dibelanjakan.
Mungkin mencecah 50 juta ringgit, mungkin lebih lagi. Bayangkan pula berapa wang yang akan dibelanjakan oleh parti-parti yang akan bertanding. Jutaan ringgit akan dibazirkan…semata-mata kerana Anwar Ibrahim mahu menjadi Ahli Parlimen dan Perdana Menteri!
Alangkah eloknya wang itu disalurkan kepada membantu rakyat! Anwar Ibrahim kata dia berjuang untuk rakyat. Adakah dengan membazirkan wang rakyat ini membantu rakyat?
Dimana kebenaran kata-kata Anwar Ibrahim tentang berjimat untuk menambah subsidi minyak? Apa sudah jadi dengan laungannya tentang ketirisan dan pembaziran?
Adakah dengan mengadakan Pilihanraya Kecil itu nanti dan kalau Anwar Ibrahim menang, Malaysia akan bertambah baik? Adakah rakyat akan puas hati? Adakah Anwar Ibrahim akan menurunkan harga minyak? Sebagai pembangkang wa’ima Ketua Pembangkang sekali pun, bolehkah Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak dengan serta merta? Kononnya Anwar akan turunkan harga minyak sebanyak 70 sen menjadi RM2.00 sahaja.
Anwar, melalui partinya PKR berjanji bermacam-macam perkara sebelum PRU 12 dahulu. Sekarang PKR memerintah Selangor. Adakah mereka menunaikan janji mereka di Selangor? Semua janji tinggal janji! Masihkah rakyat akan percaya?
Dalam obsessinya untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar sanggup berbuat apa saja. Dia sanggup dapatkan sokongan Yahudi Amerika asalkan matlamatnya tercapai. Terbaharu Al-Gore bekas Naib Presiden Amerika yang juga kawan Anwar telah mempersoalkan system undang-undang Malaysia. Tuduhan liwat Anwar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah dipersoalkan.
Siapa Al-Gore untuk mempersoalkan undang-undang Malaysia. Malaysia ada undang-undang sendiri dan Malaysia adalah sebuah Negara sovereign. Adakah Amerika yang dulunya diperintah oleh Al-Gore juga lebih sovereign daripada Malaysia?
Tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu proses undang-undang yang sah. Anwar masih tidak bersalah kecuali kalau nanti diputuskan oleh mahkamah. Innocent until proven guilty. Peguam Anwar telah mula memuji Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar sebutan kes Anwar. Hakim adalah adil bila Hakim itu memberikan “kemenangan” kepada kehendak Anwar. Bila Hakim benarkan jamin melalui jaminan peribadi kepada Anwar, Hakim itu adil. Kalau Hakim itu tidak benarkan jamin, pasti mereka akan kata Hakim itu tidak adil. Pada mereka istilah ADIL itu adalah apabila ianya berpihak kepada mereka. Kalau berpihak kepada lawan mereka…TIDAK ADIL!
Undang-undang liwat adalah sesuatu yang telah established didalam undang-undang jenayah di Malaysia. Anwar menyatakan bahawa Saiful yang menjadi pengadu dalam kes itu perlu juga dituduh. Ini kerana Saiful “consented to the crime of the alleged sodomy”. Ini adalah sandiwara yang akan dimainkan oleh Anwar. Mallal on the Law of Crime jelas menyatakan bahawa walaupun sodomy itu dilakukan secara sukarela, pihak yang diliwat itu tidak semestinya dituduh di Mahkamah. Dia mungkin seorang accomplice dan mahkamah boleh menilai keterangan yang akan diberikan oleh accomplice.
Tujuan Anwar membangkit soal ini semata-mata untuk menarik perhatian dunia. Di negara barat perbuatan liwat yang dilakukan oleh two consenting adults bukannya satu kesalahan. Anwar mahu memutarbelitkan peruntukan undang-undang Malaysia dengan undang-undang barat. Anwar mahu simpati negara barat. Itulah tujuannya.
Tuduhan liwat terhadap Anwar dibuat sama masa dengan pengumuman tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh. Kata Anwar itu satu perbuatan jahat kerajaan untuk menghalangnya menang dan satu konspirasi.
Syabas kepada Pejabat Peguam Negara! Apabila Anwar sudah dituduh di Mahkamah, tiada sesiapa pun boleh membuat apa-apa komen tentang kes yang sedang pending di Mahkamah. Ianya menjadi SUB JUDICE! Baik Anwar atau PKR atau Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional tidak boleh sentuh kes liwat Anwar semasa berkempen di Permatang Pauh. Biarkan proses undang-undang Malaysia berjalan dengan licin. Let the due process of law takes it place!
Apakah yang boleh dijanjikan Anwar semasa Pilihanraya Kecil itu nanti? Jawapannya …TIADA apa yang lain melainkan kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia!
Tanpa kegilaan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, Malaysia adalah aman damai. Apakah jaminan kepada rakyat Malaysia kalau Anwar Ibrahim jadi PM? Adakah Malaysia akan lebih baik dari keadaan sekarang? Anwar pernah jadi TPM. Apakah yang beliau telah buat?
Jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis Anwar!

Consenting to a crime

Semasa di UM dulu, Pak Nik Rashid (Allahyarham) ada buat joke...
"If you have sex with a girl below the age of 16, with or without her consent...it is rape. If you have sex with a girl above the age of 18 but without her consent...it is still rape. If you have sex with a girl above the age of 18, with her consent....HAPPY DEEPAVALI!
I'm just wondering whether the same applies to sodomy. Can't ask Pak Nik Rashid anymore. Maybe I should ask Tuan Haji Sulaiman Abdullah. He taught us Law of Evidence in the 70s. What say our classmate.... SM Komathi