Monday, March 31, 2008

Political or Apolitical

With the conclusion of the 12th GE, lots have been said by so many parties. One blaming the other and putting faults at each other.
People are engaged in political talks and there are many who remained apolitical. Many just prefer to see and laugh at the jokes on certain matters or individuals circulated via sms or the internet media.
The creative and entertaining sms makes us smile and at time laughters. In the Clubhouse or the coffee shops people are exchanging sms with each other. Makes me wonder the amount of money generated by the mobilephone service providers.
Sometime I do wonder what will happen to UMNO. Macam-masam cerita sudah didengar. Ada rekaan ada benar. After PRU 12, UMNO akan mulakan satu lagi Pilihanraya. Mungkin ini lebih interesting lagi. Di Cawangan dan Bahagian sudah mula terasa bahang dan arus. Ada yang mahu yang lama untuk terus dikekalkan dan tidak pula kurang hebatnya mahu yang baru mengambil alih.

Friday, March 28, 2008

Small Talk

The month of March 2008 was really great! We had the General Election on the 8th and my birthday on the 25th (celebrating with PDRM). The Election results was really unexpected to some and frustrating to others. Small talks have become big talks. Penang gone to DAP, Selangor to PKR, Kedah & Perak to PAS and of course as expected Kelantan still with PAS. Terengganu almost going to have a BEBAS MB had not the UMNO MT decided otherwise!

Menang pun susah kalah lagi susah! Nak pilih MB pun satu masalah yang besar. Kenapa boleh jadi begitu? Kenapa pakar undang-undang tidak dapat selesaikan. Well, we are dealing with people, the rakyat, bukan dengan kanak-kanak sekolah. Kehendak rakyat mungkin tidak sama dengan kehendak pemimpin. Rakyat mahu kerajaan dipimpin oleh orang yang bertanggungjawab, telus, bersih dan berjiwa rakyat. Pemimpin pula dalam memilih pemimpin dikalangan pemimpin mahukan "orang" dia, rakan dan sahabat. Yang penting pemimpin yang dipilih oleh pemimpin itu mesti satu haluan atau yang dipersepsikan sebagai satu haluan.

Persepsi itu berlawanan dengan realiti. Kalau pada persepsi rakyat seseorang pemimpin itu tak baik, tak baiklah dia, walaupun pada realitinya dia baik. Kenapa rakyat buat persepsi? Jangan salahkan sesiapa kalau pemimpin itu sendiri yang menimbul atau mencipta persepsi itu. Pemimpin yang baru naik tiba-tiba dilihat rakyat sebagai berlagak, menunjuk-nunjuk dan bertukar wajah, tidak boleh salahkan rakyat kalau rakyat berpersepsi buruk terhadapnya. Istilah "tak kenal maka tak cinta" tidak boleh lagi dipakai. Rakyat tengok secara jelingan mata sahaja dah boleh tahu pemimpin itu baik atau tidak. Cakap-cakap atau gossips atau small talk macam ini pun mempengaruhi hati rakyat untuk membuat keputusan.

Maka kalah lah Barisan Nasional di 5 Negeri dan menang lah Barisan Rakyat di 4 Negeri. Tercari-cari lah pakar-pakar dalam Barisan Nasional kenapa mereka kalah di 5 Negeri dan pakar-pakar dalam Barisan Rakyat pun tercari-cari kenapa mereka menang di 4 Negeri. Di Kelantan mereka sudah lama tahu kenapa PAS boleh terus memerintah dan tak perlu buat kajian lagi.

Kesimpulannya mudah...
  • don't ignore the small talks
  • stop the Big Talks
  • Talk small and,
  • DON'T Talk BIG !!!